Ini MPV 7 tempat duduk dari Mitsubishi - Bakal gugat BR-V, Ertiga dan Avanza?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Ini MPV kecil dari Mitsubishi yang popular dengan nama Expander - Bakal gugat BR-V, Ertiga dan Avanza?
Ini MPV kecil dari Mitsubishi yang popular dengan nama Expander - Bakal gugat BR-V, Ertiga dan Avanza?
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Di negara tetangga iaitu Indonesia yang merupakan salah satu pasaran automotif terbesar di ASEAN, sudah lama cakap-cakap mengenai model MPV kecil baharu dari Mitsubishi ini kedengaran.

Pasaran MPV kecil adalah segmen popular di sana.

Dari situ juga boleh dilihat keunikan tiga pasaran utama ASEAN. Sebagai contoh, pikap popular di Thailand manakala di negara kita pula kereta penumpang lebih digemari.  

Selain dari angka jualan, jumlah model yang ditawarkan dalam sesuatu segmen juga boleh menjadi indikator dalam menentukan popularitinya. 

Di bawah ialah senarai model dalam segmen MPV kecil yang ditawarkan di Indonesia.  

Toyota

1. Avanza

2. Sienta

3. Rush

4. Calya

Daihatsu

1. Xenia

2. Terios

3. Sigra

4. Luxio

Honda

1. Mobilio

2. BR-V

Suzuki

1. Ertiga

2. APV

Nissan

1. Grand Livina

Dari senarai di atas juga jelas kelihatan satu jenama popular yang ketinggalan kereta api sejak sekian lama. 

Mitsubishi.

Akhirnya Mitsubishi Motors Corporation (MMC) menyedari kenapa mereka memerlukan sebuah MPV kecil dan telah memulakan penyelidikan dan kerja pembangunan beberapa tahun lepas.
 

 

Pada Pameran Kenderaan Antarabangsa GAIKINDO (GIIAS) Ogos tahun lalu, Mitsubishi telah mendedahkan XM Concept yang nampaknya tampil menyerlah dan berbeza dari pesaing lain. 

Setahun kemudian, iaitu pada GIIAS 2017 yang bermula 10 Ogos depan, Mitsubishi bakal melancarkan MPV kecil atau disebut-sebut dengan nama Mitsubishi Expander.

Menambah lagi keterujaan pasaran, belum lagi GIIAS 2017 bermula, Mitsubishi telah mendedahkan Expander di hadapan media dan jemputan pada satu majlis yang berlangsung kelmarin di Jakarta.

Walaupun bahagian enjin dan dalaman terkunci, orang ramai dapat melihat gambar luaran dan papan pemuka MPV ini yang telah tersebar luas di alam maya.

Ternyata Expander tampil berbeza seperti yang telah diuar-uarkan oleh Mitsubishi.

Kami telah menyiarkan tiga foto rasmi di laman Facebook Careta dan ia telah diulas dengan pelbagai pendapat. Namun satu perkara yang menjadi isu hangat ialah tentang rekabentuk luaran MPV itu yang lari dari kebiasaan.

Gayaan yang dibawa ialah paling ekstrem pernah dibawa Mitsubishi di kala mereka sibuk mengeluarkan SUV global dengan rekabentuk selamat.

Rentak baharu itu walau bagaimanapun sudah mula tercetus melalui rekabentuk Mitsubishi Pajero Sport yang tampil menyerlah melalui lampu utama tirus dan bentuk lampu belakang unik.

Dan berikut ialah maklumat mengenai MPV kecil baharu keluaran Mitsubishi ini:  

1. Rekabentuk luaran dan dalaman

  • Menggabungkan ciri-ciri MPV dan SUV. Rugged, bergaya, luas, praktikal dalam satu rekabentuk yang mampu menarik perhatian di mana-mana pasaran dunia
  • Bahagian depan menggunakan konsep Dynamic Shield
  • Fender dan arka roda yang lebar menambah lagi pengaruh gayaan SUV
  • Satu ciri yang paling menyerlah - Lampu tiga aras iaitu LED paling atas, lampu utama di tengah dan lampu kabus di bawah
  • Lebih lebar dan besar berbanding pesaing utama dalam segmen
  • Tujuh tempat duduk dengan tiga barisan
  • Ruang dalaman paling luas dalam segmen dengan ruang yang selesa untuk penumpang dan cukup untuk pengisian kargo atau bagasi 
  • Akses mudah untuk ke kerusi baris ketiga
  • Menggunakan falsafah Jepun iaitu monozukuri sebagai lambang kehalusan mutu kerja 

2. Nadi kuasa

  • Menggunakan enjin 1.5l MIVEC untuk prestasi dan penjimatan minyak
  • Transmisi lima kelajuan manual atau empat kelajuan automatik
  • Telah teruji mampu mendaki jalan yang curam walaupun dengan penumpang penuh

3. Keyless Operation System (KOS)

  • Sistem ini mampu mengawal pelbagai fungsi melalui kunci kawalan jauh
  • Di antaranya ialah membuka dan mengunci kenderaan, menghidupkan enjin dan menyalakan lampu posisi
  • Lampu juga boleh dibiarkan menyala selama 30 saat apabila keluar dari kenderaan pada waktu malam

 

 

Mitsubishi Expander bakal dikeluarkan di kilang MMC baharu yang terletak di Bekasi, Jawa Barat, Indonesia.

Mengikut maklumat yang disiarkan di dua laman web automotif Indonesia, MPV ini bakal ditawarkan pada harga permulaan IDR 189 juta hingga IDR 246 juta. 

Berdasarkan kadar tukaran semasa, ia bersamaan RM 60,000 hingga RM 79,000. Iya, harga tersebut lebih rendah dari Honda BR-V, Toyota Sienta dan Nissan Grand Livina.

Harga itu setara dengan Proton Ertiga, Proton Exora, Toyota Avanza dan Nissan Grand Livina.

Kepada yang berminat, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada MPV kecil ini bakal ditawarkan atau tidak ke pasaran tempatan.

Jika dipasarkan, semestinya ia bakal memberikan senario menarik terutama sekali dari sudut persaingan.

Mungkin sengit atau sekadar memeriahkan pasaran.

Penulis: Muhammad Md Tajudin 

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut Seiji Watanabe, pengurus besar bahagian reka bentuk Mitsubishi Motors, "kami amat berbesar…
Berita Global
Sebelum pameran automotif GIIAS di Jakarta itu lagi, Mitsubishi juga telah membuat pengumuman…
Model Terbaharu
Mitsubishi Xforce merupakan versi produksi dari model konsep yang diperkenalkan di Vietnam pada…