Ini harga Honda Civic di UK - Padan atau tidak?

oleh Muhammad Md Tajudin|
Isu harga kereta di negara kita harus diakui memang sensitif. Apabila bercakap tentang isu sara hidup dan nasional, harga kereta di antara yang kerap dibawa sebagai topik perdebatan dan seterusnya menjadi panas.

Hakikatnya walaupun sempadan perdagangan global semakin menipis tetapi ia perlu dipandang daripada pelbagai sudut.

Di antaranya ialah kadar tukaran wang asing, strategi dan polisi kerajaan, akses kepada pembelian dan skala ekonomi.

Walaupun harga kenderaan di negara kita lebih tinggi berbanding beberapa jiran lain harus juga diperakui bahawa akses kepada pemilikan kenderaan lebih mudah di samping spesifikasi keselamatan yang lebih komprehensif.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda Civic UK

 

Sejak kebelakangan ini juga diperhatikan harga beberapa model popular di negara jiran sudah menghampiri lingkungan harga di negara kita.

Ini pula di United Kingdom. Honda UK baru-baru ini telah mengumumkan harga Civic sedan.

Kenapa baru sekarang? Iya, Honda Civic sedan sahaja dipasarkan di UK dan lebih lambat berbanding Civic hatchback dan juga Civic Type R.

Bukan setakat Civic sedan, Honda CR-V pun baru sahaja dipasarkan di sana.

Sesuatu yang menarik tentang Civic di UK ialah pilihan enjinnya. Jika di negara kita, Civic dipasarkan dengan dua pilihan enjin iaitu 1.5 VTEC Turbo dan 1.8 i-VTEC, di UK pula tawarannya ialah 1.0 VTEC Turbo dan 1.6 i-DTEC (Diesel).

 

Honda Civic UK

 

Kecil sungguh, 1.0 liter sahaja tetapi ia begitu berkuasa dengan capaian 129 PS melalui penggunaan turbo.

Satu lagi pilihan menarik ialah jenis transmisi, selain CVT Honda UK turut menawarkan transmisi manual dan automatik.

Dari segi kelengkapan pula terdapat tiga varian utama iaitu SE, SR dan EX. Gred paling rendah ialah SE dan walaupun varian asas ia dilengkapi dengan teknologi Honda SENSING.

Pakej Honda SENSING terdiri daripada collision mitigation braking system, forward collision warning, lane keep assist, lane departure warning, road departure mitigation, adaptive cruise control dan traffic sign recognition

Model CVT dan diesel automatik pula didatangkan dengan teknologi low speed following.

Gred SR pula berada di pertengahan. Gred ini dilengkapi sensor penggilap cermin automatik, penyaman udara dua sisi, sensor parkir, kamera undur dan Honda CONNECT dengan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto.

 

Honda Civic UK

 

Gred paling premium pula ialah EX yang dilengkapi kerusi kulit, sistem kemasukan pintar, lampu utama LED dengan pembasuh, lampu kabus LED, pengecas telefon wayarles dan kerusi dengan fungsi pemanas.

Selain itu faktor yang mempengaruhi harga ialah tempoh waranti dan cas penyelenggaraan. Honda UK tidak menyatakan pakej ini dan ia patut diambil kira dalam kos sepanjang pemilikan.

Melalui gred dan kelengkapan di atas, strategi harga untuk sesebuah model adalah berbeza. Agak sukar sebenarnya untuk membuat perbandingan yang benar-benar adil.

Apa pun, sebagai rujukan berikut ialah senarai harga varian terpilih Honda Civic sedan di UK.

1. Honda Civic 1.0 VTEC Turbo 129 PS SE Manual - GBP 19,395 (RM 103,447) - Varian paling asas

2. Honda Civic 1.0 VTEC Turbo 129 PS EX CVT - GBP 25,500 (RM 135,996.57​​​​​​​)

3. Honda Civic 1.6 i-DTEC SE Manual - GBP 20,745​​​​​​​ (RM 110,637)

4. Honda Civic 1.6 i-DTEC SE Auto - GBP 22,415​​​​​​​ (RM 119,543)

5. Honda Civic 1.6 i-DTEC EX CVT - GBP 27,120​​​​​​​ (RM 144,651​​​​​​​) - Varian paling premium

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…