Ini dewan pembentangan reka bentuk baharu Nissan, lengkap dengan skrin melenkung 24 K

oleh Muhammad Md Tajudin|
Dewan pembentangan reka bentuk Nissan
Dewan pembentangan reka bentuk Nissan
Kerja-kerja reka bentuk kereta pada hari ini sudah berubah daripada manual ke alam maya. Bukan sahaja reka bentuk, pengujian kereta pun dibuat di dalam komputer.

Perubahan tersebut tidak bermakna kerja manual ditinggalkan langsung tetapi digabungkan untuk mendapatkan hasil yang cepat dan menjimatkan.

Bagaimana dengan infrastruktur maya? 

Nissan Motor Co., Ltd. telah berkongsi beberapa maklumat tentang dewan pembentangan baharu di kampus reka bentuk dan kejuruteraan di Atsugi, Kanagawa, Jepun.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Dewan reka bentuk Nissan

 

Proses pendigitalan reka bentuk Nissan telah bermula lebih lima tahun lalu di antaranya melalui penggunaan realiti maya (VR).

Kemudahan terbaru itu adalah sebahagian daripada proses pendigitalan, peningkatan kualiti dan skop kajian reka bentuk.

Matlamatnya ialah untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.

Di antara kelengkapan seperti skrin melengkung 24 K, skrin siling berwarna penuh, pencahayaan kawalan jauh dan sistem bunyi saluran 7.1.

 

Dewan reka bentuk Nissan

 

Tujuannya untuk menghasilkan pengalaman imersif yang lebih realistik dalam menghasilkan semula dunia sebenar ke dalam skrin.

Seperti yang dikatakan, reka bentuk kenderaan secara kebiasaannya diperiksa dan diluluskan berdasarkan model fizikal.

Proses tersebut memakan masa, kos tinggi dan terhad dari segi kepelbagaian model.

Di sebalik skrin besar, bagaimana imej dimainkan pada skrin?

 

Dewan reka bentuk Nissan

 

Nissan menggunakan enjin permainan digital dan menghasilkan semula objek dalam pelbagai persekitaran dunia nyata.

Imej yang realistik dan imersif membolehkan setiap reka bentuk diperiksa dalam keadaan yang hampir dengan dunia sebenar.

Sebagai contoh perubahan cahaya pada waktu berbeza, corak cuaca dan pelbagai lagi elemen alam semula jadi.

Untuk tujuan penilaian, kenderaan boleh disusun merentasi skrin dan perbezaan reka bentuk dan warna dapat dibandingkan.

 

Dewan reka bentuk Nissan

 

Selain itu, kedudukan dan sudut model kereta dapat diubah dengan pantas yang membolehkan pembuatan keputusan lebih cepat dan mudah.

Satu lagi yang menarik ialah, imej yang dipancarkan pada skrin melengkung dan siling boleh digabungkan dengan model fizikal.

Gabungan tersebut merapatkan jurang di antara realiti dan alam maya dan para pereka boleh mengembangkan lagi imaginasi mereka.

Satu lagi ciri canggih ialah kemudahan tersebut boleh diakses secara dalam talian dari mana-mana lokasi. Maknanya, studio dari luar Jepun juga boleh dihubungkan.

 

Dewan reka bentuk Nissan

 

Penulis: Muhammad Md Tajudin / Kredit foto: Nissan

 

Tags

Berita Berkenaan

Berita Global
  Nissan memaklumkan X-Trail N-Trek disasarkan kepada keluarga yang sukakan cabaran dan kegiatan…
Berita Global
  Dilihat dari dekat, corak jeriji berbentuk koma dan diselaputi warna hitam kilat. Koma atau…
Berita Global
Nissan Elgrand AUTECH 2024   Nissan sekali mengemaskini Elgrand dan mula dijual di Jepun pada…