Mengikut kertas pertuduhan, ketika itu Pasukan Polis daerah Tangkak sedang membuat pemantauan dan menahan mereka yang sedang berhimpun dihadapan sebuah rumah kediaman di Taman Mahkota di sini.
Hasil siasatan suspek berkumpul dirumah kawan untuk membaiki motosikal, dan pihak polis mendapati kesemua suspek tidak memberikan alasan munasabah atas pergerakan mereka dan ditahan kerana gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Tertuduh yang didakwa mengikut Peraturan 3 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020 berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Tiga daripada mereka dijatuhkan hukuman denda RM1,000 dan sekiranya gagal boleh dipenjara 2 bulan.
Manakala remaja berusia 15 tahun itu didenda RM1,000 dan sementara menunggu laporan akhlak, mahkamah menetapkan jaminan RM800.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Syamilah Jalaluddin.
Manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.