Ingin menjadi ketua keluarga yang cool? Miliki sebuah Mercedes-AMG E63 S talaan G-Power pada harga RM500k!

oleh Mohamad Hanif|
Jikalau diperhatikan kepada trend pasaran, selain daripada crossover yang kini meningkat naik, segmen wagon juga didapati menarik perhatian ramai orang walaupun pada hakikatnya, ia sebuah pasaran yang niche atau terpencil.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Bagi mereka yang inginkan kelainan daripada permintaan majoriti, ataupun golongan bapa, ayah, abah yang inginkan sesuatu yang sangat cool, wagon merupakan pilihan yang bijak disamping menawarkan penggunaan ruang yang lebih besar, ia juga boleh ditampilkan sebagai sebuah kereta yang sangat sporty. 


Itu yang cuba dilakukan oleh G-Power, sebuah syarikat penala kenderaan Jerman yang sebelum ini menunjukkan bakat mereka menerusi penalaan kereta BMW M3 dan SUV BMW X5.

Namun kali ini, mereka mahu menghasilkan sebuah kereta yang orang ramai gelar "ada serigala disebalik kambing biri-biri".

Menggunakan asas daripada Mercedes-AMG E63 S yang sudah terbukti pantas, G-Power telah menambahkan lagi kuasa sedia ada menjadi 800 kuasa kuda dan hampir 1,000 Nm daya kilas, menjadikan wagon E63 ini bukan sekadar serigala, ia sewajarnya digelar raksasa. 

Kuasa baharu pada enjin V8 biturbo itu membolehkan wagon E63 ini memecut dari sifar ke 100 km/j sepantas 3.1 saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi  340 km/j. 
 


Bukan sekadar naik taraf kuasa, G-Power turut memberikan pilihan naik taraf sistem penuh ekzos tahan karat, sistem turbo serta perisian G-Power Performance Software V1 pada harga bermula dari €13,543 (RM63,356 sahaja) untuk pakej keseluruhan. 

Manakala untuk bahagian luaran pula, rim 20 inci G-Power Hurricane menghiasi ruang arca roda sebelum dibaluti tayar prestasi bersaiz 245/30 ZR20 di hadapan dan 285/25 ZR20 di bahagian belakang. 
 


Bagi mereka yang berminat, boleh menghubungi penala G-Power untuk membina sebuah Mercedes-AMG E63 S khas dengan harga jualan bermula dari €107,000 (RM500k tidak termasuk kos penghantaran ke Malaysia), dan anda mungkin bakal menjadi seorang ayah yang sangat cool ketika menghantar anak-anak ke sekolah dengan wagon pantas ini. 

Saksikan video di atas untuk mendengar dengan lebih teliti ngauman enjin V8 biturbo wagon ini. 

Berita Berkenaan

Informasi
Berikut merupakan antara sepuluh senarai kereta estate atau wagon yang terlaju di dunia menurut Top…