Indian Motorcycle panggil semula 7,392 unit Roadmaster

oleh Afandi Che Muhamad|
Semalam, Indian Motorcycle bertindak memanggil semula lebih 7,392 unit model Roadmaster keluaran dari tahun 2015 hingga 2017.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Memetik laporan portal automotif antarabangsa, pengeluar motosikal berkuasa tinggi tersebut memanggil semula model berkenaan berikutan isu membabitkan masalah pendawaian abah-abah yang terdedah kepada air.

Difahamkan, hanya model Roadmaster di Amerika Syarikat (AS) dikesan memiliki masalah berkenaan setakat ini.

Tidak dapat dipastikan sama ada masalah tersebut turut membabitkan model Roadmaster di Malaysia ataupun tidak.

Terdahulu, masalah tersebut timbul berikutan pemasangan palam pengedap pada komponen terbabit tidak dijalankan dengan betul.

Harus diketahui, kecuaian tersebut berisiko menyebabkan lampu brek tidak dapat berfungsi dengan betul (lampu akan kekal menyala sekali pun ketika brek tidak digunakan).

Bagi tidak mengeruhkan lagi keadaan, pemilik Roadmaster yang terlibat telah dimaklumkan mengenai perkara itu bagi tujuan penukaran komponen terbabit tanpa dikenakan sebarang caj.

Penggantian komponen berkenaan boleh dilakukan di mana-mana cawangan pengedar Indian Motorcycle.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Victory kini menawarkan tawaran-tawaran hebat untuk pelbagai model mereka sempena pesta jualan…