Dari segi rupa paras, ia membawakan beberapa perubahan seperti unit lampu hadapan yang lebih nipis, rekaan gril hadapan yang lebih menegak, diikuti dengan hiasan hujung bampar berbentuk L.
Satu lagi gambar memperlihatkan rekaan bahagian belakang, di mana ia masih lagi mengekalkan bentuk lampu L seperti yang terdapat pada model generasi terkini, namun dengan rekaan grafik yang berbeza - seakan sebuah Volvo.
Selain itu, sistem ekzos CR-V ini diakhiri dengan tip berbentuk trapezoid dengan kemasan berkilat.
Berdasarkan lencana dan emblem pada bahagian pintu belakang, jelas sekali ia merupakan unit yang dihasilkan untuk pasaran China, dan terdapat beberapa laporan yang mencadangkan CR-V akan mengekalkan nadi 1.5 liter turbo VTEC dengan angka output yang lebih tinggi.
Sementara untuk pasaran Eropah, besar kemungkinan CR-V akan ditawarkan dalam versi hibrid e:HEV menggunakan tetapan yang sama pada model Civic, iaitu enjin 2.0 liter dan output 184 PS dan daya kilas 315 Nm.