Namun, menerusi satu gambar intipan yang diperoleh daripada Autoweek Belanda, sebuah trak pikap yang dipercayai versi facelift trak pikap Triton itu dikatakan memiliki rekaan lampu belakang yang serupa pada lampu Mitsubishi Pajero Sport dikesan sedang diuji di sebuah jalan di kawasan berhampiran.
Seperti yang anda saksikan pada gambar yang sengaja dikaburkan, rekaan guide light LED tersebut sama memanjang ke bawah sebagaimana yang diperoleh daripada penderma asal, namun mungkin pihak Mitsubishi akan menyesuaikan rekaan lampu belakang tersebut supaya menepati reka bentuk sebenar trak pikap Triton.
Sebelum ini Mitsubishi telah mendedahkan imej baharu Triton facelift dengan tarikh pelancaran rasmi dijangka pada 9 November 2018, beberapa minggu sahaja daripada sekarang.
Mitsubishi Triton facelift baharu ini dijangka akan menerima penambahbaikan dari segi kuasa dan prestasi, ketahanan, keselamatan serta perincian penghalusan yang lebih baik berbanding trak pikap Triton sedia ada di pasaran.