Hyundai Tucson 4WD Varian Baharu Dengan Ciri Premium dan Keselamatan

oleh SALINA JALIL|
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan varian premium 4WD Tucson yang baharu dengan menawarkan tahap keselesaan premium dan ciri yang lebih mudah dan menjadikan pemanduan lebih menyeronokkan.

Varian 2.0 MPi Premium 4WD baharu berkongsi dengan 2.0L MPi Elegance, yang disertakan dengan transmisi automatik enam kelajuan. Enjin petrol 2.0 MPi mampu mencapai 155ps (maksima) pada 6,200rpm dan 192Nm pada 4000rpm. Bagaimanapun, varian baharu ini dikendalikan dengan sistem 4WD dengan tork 100% kepada roda depan semasa memandu jalan biasa dan sehingga 40% ke roda belakang, secara automatik, bergantung kepada keadaan jalan raya. Mod Kunci boleh dipilih secara manual bagi meningkatkan kestabilan untuk perjalanan off-road atau kelajuan rendah. Varian ini juga didatangkan dengan sistem Traction Control dan dapat memindahkan tork ke roda sambil memaksimumkan cengkaman semasa menyimpang (cornering).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Ciri-ciri premium baharu yang ditawarkan dalam varian ini termasuk lampu hadapan LED berkembar beserta Lampu Lentur Statik (Static Bending Light), penghawa dingin dua zon automatik, panorama sunroof dan rak bumbung yang fleksibil. Selain itu, varian ini juga dilengkapi dengan enam beg udara, 6:4 lipatan kerusi belakang yang boleh dibaringkan (varian 1.6 Turbo GDi dan R 2.0 CDRi).

Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors, Lim Yit Mun berkata mereka berharap dengan mempelbagaikan varian Tucson ini, ia dapat menarik minat pasaran kepada Tucson dengan menawarkan pilihan yang memenuhi keinginan berbeza pemilik kereta. "Dengan memperkenalkan varian baharu ini, kami percaya kami telah meliputi semua aspek yang diperlukan oleh SUV dan kami yakin peminat SUV akan mendapati Tucson memenuhi citarasa mengikut peredaran semasa" tambah beliau lagi.

 

Tucson kini ditawarkan dalam empat varian:
• 2.0 MPi Elegance - RM126,188 * 
• 1.6 Turbo GDi - RM145,688 * 
• R 2.0 CDRi - RM155,788 * 
• 2.0 MPi Premium 4WD - RM159,888 * 

* Harga di atas jalan tidak termasuk insurans.

Semua varian Tucson akan diberikan perkhidmatan penyelenggaraan percuma 50,000km atau selama tiga tahun.

 

Tucson 4WD blue

 

Tucson adalah salah satu kenderaan paling selamat di segmennya dan telah menerima rating keselamatan tertinggi Euro-NCAP lima bintang. Ia mendapat manfaat daripada struktur badan yang kukuh yang mempunyai 51% kekuatan keluli ultra tinggi untuk meningkatkan ketegaran kilasan dan rintangan hentaman, dan pelbagai ciri keselamatan inovatif, pasif dan aktif. Seperti semua model Hyundai, Tucson juga mempunyai sistem keselamatan terkini yang menawarkan kestabilan pemanduan yang optimum. Ini termasuk sistem Pengurusan Kestabilan Kenderaan (VSM), Hillstart Assist Control (HAC), Downhill Brake Control (DBC) dan Brake Parking Electric (EPB).

 

Tucson telah menerima pelbagai anugerah kereta, anugerah penilaian keselamatan, dan juga Anugerah Rekabentuk iF yang mengiktiraf reka bentuk Tucson yang berani dan tersendiri. Dari segi rupabentuk Tucson ini diberikan imej sporti seolah seperti olahragawan dengan gril heksagon dan garis tajam. Pada bahagian depan, Tucson baharu ini dikuasai oleh gril heksagon, yang menghubungkan ke lampu LED untuk mencipta identiti tersendiri. Kedudukan A-pillar dan bentuk arah gerbang roda menonjolkan penampilan dinamik, walaupun pada saat berhenti. Bahagian dalaman pula, bahan berkualiti tinggi diperkenalkan di seluruh permukaan kabin, mewujudkan suasana kabin yang baik. Susun atur mendatar baru konsol tengah mencerminkan keanggunan kereta serta memberikan ketenangan.

 

Tucson 4WD interior

 

HSDM menawarkan jaminan lima tahun atau 300,000km (mana yang lebih awal) untuk kesemua pembelian kenderaan baharu. Perkhidmatan bantuan jalanan selama 24 jam kini tersedia untuk kenderaan Hyundai baru dan sedia ada. Untuk maklumat lanjut atau untuk membuat tempahan, anda boleh menuju ke pusat jualan terdekat atau menghubungi Careline Pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000.

 

Tucson 4WD lifestyle