Hyundai Tucson 2025 facelift hadir dengan kemaskini rupa, ruang kabin serba baharu

oleh Mohamad Hanif|
Setelah tiga tahun diperkenalkan di pasaran, Hyundai akhirnya melancarkan kemaskini bagi model crossover Tucson 2025.

MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Statusnya sebagai sebuah model facelift langsung tidak menghalang Hyundai daripada membawakan perubahan dari segi rupa paras luaran dan susun atur papan pemuka serba baharu.
 

tucson


Di bahagian luar, Hyundai Tucson 2025 membawakan struktur jeriji Parametric Jewel tiga lapis dengan unit lampu yang lebih besar berbanding lampu empat lapis tiga segi pada model pra-facelift.

Selain itu, rekaan bampar juga telah dikemaskini sebelum ditambah dengan plet skid palsu pada bahagian bawah.
 

tucson


Perubahan yang besar sebenarnya dibawakan pada bahagian kabin, di mana susun atur papan pemuka tidak lagi membawakan elemen air terjun seperti model terdahulu.

Tucson 2025 kini dibekalkan dengan panel melengkung yang terdiri daripada skrin kluster digital 12.3 inci dan skrin infohibur 12.3 inci, diikuti butang kawalan iklim dan corong pendingin hawa yang telah diposisikan semula.

Konsol tengah pula menempatkan pengecasan peranti pintar tanpa wayar dan dua tempat letak cawan.

Jika anda perasan, tuil penukaran gear transmisi telah dialihkan ke bahagian kolum stereng.
 

tucson


Buat masa ini, tiada sebarang info berkenaan unit enjin yang bakal ditawarkan pada model Tucson 2025.

Bergantung kepada pasaran, Hyundai Tucson versi pra-facelift boleh didapati dengan pelbagai pilihan enjin Smartstream, termasuklah nadi hibrid, plug-in hybrid dan pilihan enjin diesel.