Hyundai Tucson 2018 - Model facelift tetapi macam baru sepenuhnya

oleh Muhammad Md Tajudin|
Jika disebut tentang SUV, mungkin ramai yang akan sebut Honda CR-V dan Nissan X-Trail. Hakikatnya tawaran dalam segmen ini begitu meriah seperti Renault Koleos, Volkswagen Tiguan, Haval H2 dan juga dua model dari Korea Selatan iaitu Kia Sportage dan Hyundai Tucson.

Satu perkara tentang jenama Jepun ialah penjenamaan dan reputasi yang kuat membuatkan produk-produknya mudah lekat di minda dan hati pelanggan.

Tetapi jika anda mahukan sesuatu yang berbeza, model-model alternatif yang disebutkan di atas mempunyai kelebihan tersendiri.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Hyundai Tucson

 

Salah satu model yang tidak kurang hebat ialah Hyundai Tucson di mana versi wajah baharu (facelift) telah ditayangkan pada Pameran Kenderaan Antarabangsa New York 2018 (NYIAS).

Jika sebelum ini kami laporkan tentang Mazda CX-3 wajah baharu dengan perubahan visual minimum sehingga kami tidak tahu apa yang diubah, Hyundai Tucson pula membuatkan kami keliru sama ada model ini versi baharu sepenuhnya (FMC) atau wajah baharu.

Sekali lagi kami menjenguk ke jendela internet untuk membuat perbandingan di antara Tucson di NYIAS dan model semasa.

 

Hyundai Tucson

 

Ternyata Hyundai telah melakukan perubahan ketara pada model terlaris mereka di United Kingdom (UK) dan Eropah yang telah dilancarkan pada 2015.

Model yang direka di Eropah ini disegarkan melalui beberapa perubahan baru pada reka bentuk, nadi kuasa serta teknologi.

Berikut ialah ciri-ciri yang terdapat pada Hyundai Tucson 2018:

  • Gril yang lebih menyerlah seperti Hyundai Kona
  • Lampu LED sepenuhnya dan lampu belakang baharu
  • Bampar depan dan belakang, skirt tepi, roda dan peredam ekzos baharu
  • Enjin paling berkuasa - 2.0 diesel 186 PS
  • Enjin baharu 1.6 diesel 133 PS dan 115 PS
  • 1.6 liter GDI 132 PS dan 1.6 liter T-GDI 177 PS
  • Kesemua enjin yang ditawarkan mematuhi piawaian emisi Euro 6c baharu
  • Transmisi enam kelajuan manual, lapan kelajuan automatik baharu dan tujuh kelajuan klac berkembar baharu (7DCT) yang dibangunkan sendiri
  • Sistem bunyi premium Krell
  • Pengecas telefon tanpa wayar Qi
  • Skrin informasi tujuh inci atau sistem informasi lapan inci
  • Sistem bantuan pemandu seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Lane Keep Assist (LKA), Driver Attention Warning (DAW), Speed Limit Indicator Function (SLIF), High Beam Assist (HBA) dan Smart Cruise Control (ASCC) dengan bantuan radar yang boleh mengekalkan kelajuan dan jarak dengan kenderaan hadapan

 

Hyundai Tucson

 

Penampilan Hyundai Tucson di NYIAS ini adalah yang pertama di dunia dan selepas ini giliran benua Eropah pula. Jika mengikut trend pengedar Hyundai tempatan, Tucson 2018 ini berkemungkinan akan dilancarkan pada tahun ini juga.

Walaupun Honda CR-V dan Nissan X-Trail begitu popular di kalangan pembeli SUV, model-model alternatif seperti Tucson ini menawarkan alternatif baik untuk dibuat pilihan.

Segmen ini juga dijangka lebih menarik apabila Proton juga bakal melancarkan SUV pertama mereka. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…