Menurut laporan daripada Bernama, Hyundai Motor telah menandatangani perjanjian kerjasama perniagaan dengan SP Group untuk menyalurkan kenderaan elektrik untuk pasaran Singapura.
Selain daripada itu, Hyundai juga sedang mencari peluang perniagaan platform 'battery-as-a-service' (Baas) di negara-negara Asia Tenggara.
Baas merupakan satu model perniagaan yang memfokuskan kepada perkhidmatan penyewaan dan penggantian bateri EV.
Menurut Ketua Eksekutif SP Group Stanley Huang berkata, "adalah penting untuk Singapura untuk menghasilkan persekitaran di mana para pelanggan mampu membeli EV pada harga yang munasabah, selain mendapat akses yang mudah kepada stesen pengecasan.
SP Group selaku penyedia tenaga elektrik dan gas terbesar di Singapura bercadang untuk membina 1,000 unit stesen pengecasan kereta elektrik menjelang akhir tahun ini.
Ini adalah sejajar dengan usaha Singapura untuk menggantikan kebanyakan model kenderaan kepada kenderaan mesra alam menjelang tahun 2040.
Sumber: Bernama