Hyundai Malaysia tawar promosi rebat sehingga RM18 ribu, hujung minggu ini sahaja!

oleh Mohamad Hanif|
Sime Darby Motors City, Ara Damansara dan kesemua pusat pameran Sime Darby Auto Hyundai (SDAH) bakal memberikan kejutan dengan menawarkan promosi hebat yang terhad untuk tempoh sehingga hujung minggu ini sahaja (12-14 Jun).
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Promosi tiga hari bermula Jumaat ini memberikan ganjaran berupa rebat tunai sehingga RM18 ribu, beserta aksesori dengan setiap pembelian mana-mana kereta baharu yang terpilih.

Selain daripada itu, Hyundai juga turut menawarkan seleksi pelbagai jenis kenderaan pra-milik bagi memenuhi keperluan mereka yang memiliki kekangan bajet untuk mendapatkan sebuah kereta.

Usah risau kerana kesemua kereta pra-milik Hyundai telah pun menjalani proses pemeriksaan yang ketat di mana kesemua kenderaan memiliki tempoh hayat kurang daripada lima tahun dengan jarak perbatuan di bawah 100,000 km.

Malah, kesemua kenderaan juga turut dijamin menggunakan alat ganti tulen sepenuhnya dan bebas kemalangan.

Sepanjang tempoh PKPP yang sedang dilaksanakan, pihak Hyundai-Sime Darby Motors menggalakkan rakyat Malaysia untuk menempah slot kunjungan terlebih dahulu di mana slot adalah tersedia daripada jam 9.00-11.00 pagi, 11.00-1.00 tengah hari, 1.00-3.00 petang dan 3.00-5.00 petang.

Malah, pihak HSDM turut memastikan setiap tatacara (SOP) serta penjarakan sosial di premis di dalam keadaan yang terkawal, dan setiap kenderaan disanitasi sebelum dan selepas setiap sesi pandu uji dijalankan.

SDAH Sime Darby Motors City, Ara Damansara dan pusat pameran SDAH di seluruh negara dibuka untuk kunjungan setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Kedua-dua model tersebut bakal dipamerkan buat kali pertama di acara paultan.org Premium Auto Car…
Model Terbaharu
Varian baharu yang dimaksudkan itu ialah IONIQ 6 Lite dan IONIQ 6 Plus, di mana kedua-dua merupakan…
Pelancaran
Sama seperti IONIQ 5, IONIQ 6 dibangun berdasarkan platform E-GMP, dengan senibina elektrik 800…