Namun, laporan terbaharu Bloomberg menyebut jenama Korea Selatan itu sedang bersedia untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama, dan mensasarkan angka jualan yang lebih tinggi berbanding prestasi terdahulu.
Ketua Pegawai Eksekutif Hyundai Jaehoon Chang berkata, pihaknya akan menyerang kembali pasaran Jepun dengan menawarkan EV sahaja, dimulakan dengan model Hyundai Ioniq 5.
Tambahnya, model-model kenderaan Hyundai hanya akan dijual menerusi pendekatan dalam talian.
"Kami mengalami pertumbuhan yang besar bagi kenderaan elektrik di Korea, dan kami menjangkakan perkara yang sama, mungkin lebih pantas lagi di Jepun," ujarnya.
Pada ketika ini, Jepun masih lagi bukan pasaran kenderaan elektrik yang utama di dunia, di mana pada tahun 2021 pegangan pasaran bagi genre kenderaan elektrik bateri (BEV) hanyalah di bawah 1 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan 4.5 juta unit.
Sumber: Bloomberg