Hyundai mahu hasil cip sendiri, kurang kebergantungan kepada pembekal

oleh Mohamad Hanif|
Krisis kekurangan bekalan cip semikonduktor masih lagi menghantui kebanyakan syarikat pengeluar automotif dunia, dan Hyundai diberitakan mahu membangun dan menghasilkan sendiri cip automotif bagi mengurangkan kebergantungan kepada pembekal luar.

Ketika bercakap kepada Reuters, ketua pegawai operasi global Hyundai Jose Munoz menjelaskan syarikat Hyundai sedang bekerja keras untuk mengelakkan isu kekurangan bekalan berlaku lagi pada masa akan datang.

"Kami mahu satu hari nanti mempunyai keupayaan untuk membangunkan sendiri cip supaya dapat mengurangkan kebergantungan, serta mengelakkan masalah yang serupa berulang kembali.

"Ia bakal menelan pelaburan yang besar, serta masa, namun ini apa yang kami sedang lakukan pada ketika ini.

Biarpun sedang berhadapan dengan masalah kekurangan cip, Hyundai berjaya meningkatkan angka jualan keseluruhan bagi tahun 2021.

Sumber: Reuters

Berita Berkenaan

Berita Global
"Kami melihat ciri atas permintaan sebagai pilihan, untuk menambah lebih banyak pemperibadian dalam…
Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…