Jika anda masih ingat, syarikat Arrival telah pun menghasilkan kenderaan ringan komposit berupa sebuah van kargo yang comel untuk tujuan penghantaran barang.
Ia telah pun menarik perhatian syarikat penghantaran barang seperti UPS untuk menggunakan van-van comel ini untuk penghantaran barang jarak sederhana dan jarak jauh.
Dengan pelaburan besar daripada Hyundai dan Kia, gergasi Korea tersebut akan mendapat akses secara terus kepada platform papan selaju Arrival yang sangat fleksibel dan berupaya menghasilkan beberapa model kenderaan dari pelbagai segmen.
Menurut Arrival, pasaran kenderaan komersil merupakan antara yang pertama untuk mengadaptasi teknologi elektrik pada skala besar, dan produksi kenderaan Arrival bakal memakan kos yang sama atau lebih rendah daripada kenderaan berkuasa konvensional.