Hyundai jamin harga kekal bagi Ioniq dan Tucson untuk tempahan pada 31 Ogos

oleh Mohamad Hanif|
Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan harga kenderaan yang bakal berubah apabila sistem cukai SST bakal mengambil alih bermula 1 September 2018 nanti.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Sehubungan dengan itu, pelanggan yang telah menempah model Hyundai IONIQ Hybrid dan Tucson (terhad kepada varian Turbo dan Elegance) tidak perlu risau akan perubahan harga walaupun mereka dijangka menerima kenderaan masing-masing selepas 1 September. 

 


Menurut Dennis Ho, Pengarah Urusan Sime Darby Motors berkata pihak HSDM akan menyerap kos yang berkaitan bagi pelanggan yang telah meletakkan tempahan pada tarikh akhir 31 Ogos 2018. 

Harga jualan terkini bagi model Hyundai IONIQ dan Tucson adalah seperti berikut

IONIQ Hybrid HEV - RM94,788
IONIQ Hybrid HEV Plus -RM109,988
Tucson Elegance - RM119,188
Tucson Turbo - RM137,488

Setiap pembelian model Hyundai disertakan dengan jaminan pengeluar selama lima tahun atau perbatuan sejauh 300,000 km (yang mana terdahulu) selain servis percuma sehingga 60,000 km bagi IONIQ dan 50,000 km bagi Tucson

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Hyundai di 1-300-13-2000 atau dengan berkunjung ke pusat pameran Hyundai yang terdekat.

Berita Berkenaan

Telah Diuji
Di dalam persaingan SUV segmen C yang lazimnya dikuasai oleh model-model buatan Jepun (dan sebuah…
Pelancaran
Perubahan ini boleh dilihat menerusi penampilan rim bersaiz 17 inci, lampu utama jenis LED di…
Berita Domestik
Berikut merupakan senarai harga jualan bagi model AD Elantra, AD Elantra Sport dan model hibrid…