Ia bakal dilancarkan secara rasmi di UK dimulakan dengan kehadiran model khas "First Edition" yang bakal ditawarkan dalam unit terhad dan harga jualan bermula dari £54,995 (RM299,710).
Hyundai Ioniq 6 First Edition ini menerima konfigurasi motor elektrik tunggal dengan kuasa keseluruhan 320 hp dan 605 Nm, dipadankan dengan pek bateri 77.4 kWh.
Senibina 800 voltan yang disokong oleh platform E-GMP ini mampu menyokong pengecasan pantas 350 kW.
Terdapat beberapa elemen yang membezakan model First Edition dengan model standard Ioniq 6, seperti contoh rim 20 inci dengan kemasan hitam kusam, kemasan hitam berkilat pada bahagian bampar depan, bampar belakang, skirt sisi serta perumah cermin sisi.
Empat warna disediakan terdiri daripada Biophillic Blue Pearl, Serenity White Pearl, Nocturne Grey Metallic, dan Gravity Gold Matte.
Kemasan yang unik turut dipadankan pada ruang kabin IONIQ 6 First Edition, di mana ia tampil dengan penggunaan warna hitam pada headliner, tempat duduk balutan kulit serta fabrik Grey Tartan, serta alas lantai dengan kemasan Grey Tartan.