Hyundai i30 N - Dilahirkan di Namyang Korea, Dibangunkan di Nürburgring Jerman

oleh Muhammad Md Tajudin|
Hyundai i30 N - Dilahirkan di Namyang Korea, Dibangunkan di Nürburgring Jerman
Hyundai i30 N - Dilahirkan di Namyang Korea, Dibangunkan di Nürburgring Jerman
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai semakin galak meneroka pelbagai segmen pasaran automotif. Dua tahun lalu Hyundai tampil dengan jenama Genesis khusus untuk bersaing dalam segmen mewah seperti Mercedes-Benz, BMW dan Audi.

Bagaimana pula dengan segmen berprestasi? Hyundai cuba meneroka pasaran tersebut dengan melancarkan Veloster Turbo yang tampil unik. Namun itu tidak memadai dan berbulan lamanya Hyundai membangunkan i30 N.

i30 N adalah model khusus berprestasi pertama di bawah jenama Hyundai N. Menarik tentang 130 N ialah ia dibangunkan oleh Divisyen Kenderan Berprestasi Tinggi Hyundai yang diketuai oleh bekas Naib Presiden Kejuruteraan, BMW M, Albert Biermann.

Tetapi sebelum itu apakah makna huruf N? Nürburgring?

Benar, N merujuk kepada Nürburgring iaitu lokasi ibu pejabat Pusat Ujian Hyundai Eropah dan menariknya turut merujuk kepada Namyang iaitu lokasi Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Global Hyundai di Korea Selatan.

i30 N mula dibangunkan di Namyang dengan pembangunan lanjutan serta ujian dibuat di Nürburgring. Hyundai menawarkan dua varian untuk dibeli iaitu i30 N dan 130 N Performance untuk pasaran United Kingdom bermula Januari 2018.

 

Hyundai i30 N


Spesifikasi

i30 N tidak sama dengan i30 standard yang berada di pasaran. Pelbagai modifikasi telah dibuat pada model N seperti lingkaran strut suspensi yang diperkukuh, rangka sub (sub frame) depan yang diluruskan dan braket sokongan pada bahagian tengah (central tunnel).

Pada bahagian lengkungan roda (wheel arch) belakang pula terdapat tambahan palang penambah ketegaran.

Selain itu bagi mengurangkan berat kereta, pembeli 130 N Performance boleh memilih balutan kerusi dari fabrik berbanding balutan kulit dan suede tanpa caj tambahan. Pemilihan itu dapat mengurangkan berat kereta sehingga 12.7 kg.

Dari segi prestasi, kedua-dua varian N Performance dan N dipasangkan had kelajuan elektronik pada 249 km/j sahaja. Pecutan dari kosong hingga 100 km/j mengambil masa 6.4 saat (N) dan 6.2 saat (N Performance). Kuasa tujahan kedua-dua varian ialah 353 Nm di antara 1,500 - 4,700 rpm.

Namun enjin 2.0 turbo itu mampu menghasilkan tambahan tujahan 25 Nm melalui fungsi over boost pada setiap masa bergantung kepada suhu ekzos.

 

Hyundai i30 N

 

Pada bahagian dalaman skrin sesentuh bersaiz lapan inci mempunyai fungsi paparan N seperti mod pemanduan, suspensi, tetapan enjin dan transmisi, pemasa pusingan, pemasa pecutan dan juga meter prestasi yang terdiri daripada tujahan enjin, boost turbo dan daya g.

Selain itu, meter utama turut memaparkan mod pemanduan, tetapan kawalan kenderaan, lampu penukaran gear, meter kelajuan LED boleh ubah dengan fungsi nyalaan lampu putaran enjin maksimum mengikut kadar suhu enjin.

Kedua-dua model turut dilengkapi Kawalan Pelancaran (Launch Control) untuk membantu permulaan pecutan dan juga fungsi padanan kelajuan (rev match) tanpa memerlukan teknik heel and toe. Ia juga mempunyai Kawalan Brek yang dapat membantu memaksimumkan respon pembrekan selepas melayan selekoh dengan daya tekanan g tinggi.

Berikut ialah ciri-ciri Hyundai i30 N dan i30 N Performance:

Hyundai i30 N

  • Harga permulaan dari GB 24,995 / RM 141,694.85 (di atas jalan)
  • Berkongsi peralatan standard sama seperti 130; lampu utama dan belakang LED, Smart Adaptive Speed Control, Sistem kemasukan pintar dengan Butang Start/Stop, Sistem Navigavi Satelit dengan skrin sesentuh lapan inci Android Auto dan Apple Car Play
  • Kelengkapan prestasi pula ialah roda aloi 18 inci dengan tayar Michelin Pilot Super Sport, Suspensi Kawalan Elektronik, Cakera Brek Depan 17 dan belakang 16 inci , Torque Vectoring System,  Mod Pemanduan pada stereng dengan seleksi talaan enjin dan suspensi

Hyundai i30 N Performance

  • Harga permulaan dari GB 27,995 / 158,646.49 (di atas jalan)
  • Roda aloi 19 inci dengan tayar Pirelli P-Zero khas untuk i30 N 
  • Tambahan kuasa 25PS
  • Electronical Limited Slip Differential
  • Cakera brek depan 18 inci dan 17 inci di belakang rear 
  • Kerusi balutan kulit dan suede
  • Sistem ekzos dengan pemboleh ubah aktif yang boleh mengeluarkan bunyi ‘crackle’ dan ‘pop’ semasa mod N atau Custom dipilih

 

Hyundai i30 N

 

Hyundai i30 N ditawarkan melalui enam pilihan warna iaitu Clean Slate, Polar White, Micron Grey, Phantom Black dan Engine Red. Selain itu, warna khusus N iaitu Performance Blue pula diinspirasikan dari penglibatan Hyundai dalam perlumbaan WRC dan TCR. 

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…