Hyundai i30 Fastback mempersona

oleh ONNY IZWAN|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

 

Kami terkejut dan pada masa yang sama, terpesona dengan kehadiran Hyundai i30 Fastback ini. Ia nampaknya bukan sahaja mengumumkan satu varian terbaharu dalam barisan model Hyundai, tetapi juga model baharu ini nampaknya menampilkan rupabentuk yang unik dan menawan.

 

HyFB-1

 

Ia adalah sebuah model empat (atau lima) pintu yang berada di dalam segmen C dan buat masa sekarang hanya di pasarkan di Eropah dan beberapa benua terpilih sahaja. 

 

Rupa muncung depan i30 Fastback ini berbeza dari varian hatchback dengan lubang udara yang lebih besar yang meliputi semua bahagian di bawah gril utama. Bahagian belakangnya pula mengingatkan kita pada rekabentuk model-model Mercedes coupé dengan lampu mendatar but pendek dengan spoiler tegak, semuanya agak unik bagi sebuah model Hyundai.

 

HyFB-2

 

Dari segi ukuran, varian i30 Fastback ini berdiri 115 mm lebih panjang dan 30 mm lebih rendah dari varian hatchback. Kami syak Hyundai mahu memasarkan model ini pada generasi muda kerana ukurannya yang lebih sporty dan suspensinya yang 15% lebih keras dari varian hatchback.

 

Ruang dalamnya tidak berubah dari rekaan baharu Hyundai yang kita sekarang sudah kenal, iaitu bentuk yang kelihatan lebih konvensional dan mendatar serta skrin infotainment yang ‘terapung’. 

 

HyFB-3

 

Sesuai dengan perkembangan teknologi telefon pintar, ia dilengkapi dengan perkhidmatan sambungan Android Auto atau Apple CarPlay. Yang menarik ialah kemudahan pengecas tanpa wayar Qi charging. 

 

HyFB-4

 

Pilihan enjin Fastback ialah dari dua T-GDI turbo, 120 PS 1.0-liter tiga silinder dan 140PS 1.4-liter empat silinder, dengan pilihan kotak gear enam kelajuan manual atau tujuh kelajuan automatik dwi klac. Terdapat juga pilihan enjin-enjin turbodiesel.

 

Dan juga seperti varian-varian i30 lain, varian Fastback juga disertakan dengan ciri-ciri keselamatan seperti Autonomous Emergency Braking (AEB), Driver Attention Alert (DAA), Advanced Smart Cruise Control (ASCC), Lane Keeping Assist System (LKAS), Blind Spot Detector (BSD), Rear Cross Traffic Alert (RCTA), Speed Limit Information Function (SLIF) dan High Beam Assist (HBA).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun begitu Hyundai mengakui bahawa ujian itu adalah satu simulasi sahaja kerana ia dilakukan di…
Berita Global
  Jarak roda Sonata Taxi 70 milimeter (mm) lebih panjang berbanding teksi Sonata New Rise (…
Berita Global
  Saiz DAL-e Delivery sebenarnya lebih kecil berbanding model terdahulu dan dapat beroperasi…