Hyundai Elantra Executive dijual pada harga bermula dari RM139,888 itu kini didatangkan dengan ciri seperti tempat duduk fabrik hitam dengan larasan manual, skrin TFT 4.2 inci, cermin pandang belakang pandangan siang dan malam serta kelengkapan Hyundai Smartsense seperti:
- Amaran Pelanggaran Titik Buta
- Amaran Pelanggaran Lintasan Trafik Belakang
- Amaran Keluar dengan Selamat
- Amaran Penumpang Belakang
Pun begitu, varian Executive ini tidak mendapat kelengkapan Smartsense seperti Bantuan Kekal Laluan, Bantuan Mengikut Laluan, Bantuan Pengelakan Pelanggaran Hadapan, Bantuan Suluhan Tinggi, serta Amaran Tumpuan Pemandu.
Selain daripada ciri Smartsense, Hyundai Elantra juga lengkap dengan kelengkapan seperti enam beg udara, kawalan kestabilan elektronik, ABS, Kawalan Brek Menurun Cerun, Bantuan Mula Mendaki, Sistem Bantuan Brek, Kawalan Cengkaman, Pengurusan Kestabilan Kenderaan dan immobilizer.
Hyundai Elantra generasi terbaharu ini membawakan bahasa rekaan terkini iaitu Sensuous Sportiness, serta elemen geometrik bersegi seakan potongan kristal yang dinamakan sebagai Parametric Dynamics.
Dari segi kuasa, Elantara didatangkan dengan enjin Smartstream G1.6 yang menghasilkan 123 PS dan 154 Nm, sistem transmisi Smartstream IVT dan penawaran empat mod pemanduan seperti Smart, Comfort, Eco dan Sport.