Hyundai Bayon 2021 - SUV segmen B aras mula untuk Eropah, lebih murah dari Kona

oleh Mohamad Hanif|
Setelah beberapa gambar teaser diperlihatkan sebelum ini, Hyundai akhirnya secara rasmi melancarkan crossover segmen B terbaharu yang bakal memberikan saingan kepada Ford Puma, Volkswagen T-Cross dan Nissan Juke.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Hyundai Bayon (disebut sebagai bye-onn) mendapat namanya daripada sebuah bandar di wilayan Basque Country, barat daya Perancis, dan nama tersebut dipilih memandangkan Hyundai menghasilkan crossover ini khusus untuk pasaran Eropah sahaja (maaf, peminat Hyundai di Malaysia).

Sebagai sebuah crossover aras mula, Hyundai juga tidak menawarkan sebarang keupayaan off-road atau pacuan semua roda walaupun dimensinya yang agak tinggi.

 


Hyundai Bayon dibangunkan berdasarkan hatchback kecil i20, dan mempunyai ukuran dimensi sepanjang 4,180 mm, lebar 1,775 mm dan jarak antara roda sepanjang 2,580 mm, sementara ruang kargo pula adalah sebesar 411 liter.

Dari segi luaran, Hyundai Bayon menampilkan rekaan yang diinspirasikan daripada abangnya Kona, seperti contoh rekaan lampu utama di bawah unit DRL LED yang nipis, sementara bukaan gril juga dibuat lebih besar.

 


Bahagian sisi crossover ini menampakkan garisan badan yang agak tajam - sama seperti rekaan Hyundai masa kini - sementara lampu belakang pula direka menyerupai bentuk lampu hadapan seperti sebuah anak panah.

Ruang kabin pula membawakan elemen yang sama diperlihatkan pada model i20, seperti skrin digital 10.25 inci di belakang stereng, serta pilihan skrin tengah bersaiz 8 inci (versi asas) atau 10.25 inci yang merangkumi fungsi navigasi.

 


Sementara unit enjin didatangkan dengan nadi tiga silinder sebaris 1.0 liter turbo dengan dua angka output berbeza: 98 hp dan 172 Nm, dan versi paling berkuasa mendapat kuasa 118 hp dan 172 Nm.

Kedua-dua versi enjin ini turut mendapat bantuan mild-hybrid 48 Voltan, serta pilihan transmisi manual enam nisbah kelajuan atau DCT tujuh nisbah kelajuan.

 


Untuk pasaran Eropah, harga jualan Hyundai Bayon dijangka bermula dari £17,000 (RM95,934) dan sebagai perbandingan Hyundai Kona mempunyai tanda harga bermula dari £21,060 (RM118,882).

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Difahamkan, ia bakal memasuki pasaran tersebut sebelum separuh pertama tahun 2020 melabuhkan…
Berita Global
Difahamkan, Hyundai Bayon ini merupakan sebuah crossover aras mula (entry-level) yang dikhususkan…