Takaaki Nakagami kini bertanding di kejuaraan MotoGP Sedunia FIM untuk pasukan LCR Honda IDEMITSU.
Beliau memulakan karier menerusi kelas Moto2 pada tahun 2012 sebelum menyertai IDEMITSU Honda Team ASia pada tahun 2014 yang merupakan sebahagian daripada inisiatif Honda dalam memupuk pelumba bertaraf dunia dari Asia.
Pada tahun 2018, Takaaki Nakagami berpindah memasuki kelas MotoGP dan berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke-20 secara keseluruhan untuk musim tersebut.
Untuk musim 2020 sehingga kini, Takaaki Nakagami kini berjaya menduduki tangga kelima, dan konsisten menghabiskan perlumbaan di dalam kelompok 10 pelumba teratas, termasuklah berjaya menduduki tangga keempat yang merupakan pencapaian terbaik kariernya.