Hot WHeels Legends Tour - Malaysia hantar 67 penyertaan, siaran secara langsung pada 12 November ini!

oleh Mohamad Hanif|
Acara Hot Wheels Legends Tour 2020 yang dihoskan oleh Art of Speed Malaysia akan berlangsung pada 12 November ini menyaksikan kira-kira 67 penyertaan dari para peminat kereta di seluruh negara.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Untuk makluman, Hot Wheels Legends Tour yang telah dianjurkan pada tahun lalu merekodkan kehadiran lebih 110,000 peserta, lebih 5,000 penyertaan, serta 18 finalis yang menyaksikan hanya 1 pemenang sahaja dipilih.

Untuk tahun ini, acara ini akan berlangsung menerusi platform digital dan salah satu lokasi digital akan berada di Malaysia untuk pencarian pemenang Hot Wheels Legends Tour Edisi Global.

Kereta sebenar yang menjuarai pencarian ini akan dihasilkan dalam model skala 1:64 dan dijual untuk pasaran dunia.

Sepanjang tempoh bermula 25 September hingga 15 Oktober, seramai 67 penyertaan telah dicatatkan di mana para juri Legends Tour akan memilih 12 kenderaan terbaik dan dinilai secara langsung pada 12 November, tepat jam 10.30 pagi GMT +8.

 


Para juri akan mengambil kira kreativiti, keaslian, dan semangat garasi dalam memilih finalis dan pemenang.

Berikut merupakan butiran lanjut siaran langsung acara Hot Wheels Legends Tour Malaysia:
Tarikh: 12 November 2020
Waktu: 10.30 pagi Malaysia GMT +8
Lokasi: Facebook Hot Wheels (www.facebook.com/HotWheels)
Siaran langsung E-Dagang: https://shopee.com.my/hotwheels.os

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Acara tersebut telah berlangsung di Dewan A Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) selama…
Berita Domestik
Diinspirasikan daripada acara gaya hidup outdoor tahunan terbesar di Jepun FIELDSTYLE, OTG 2024…
Berita Domestik
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, pihaknya telah…