Honor 7X - telefon pintar skrin-penuh pada harga mampu milik (RM1,099)

oleh HEZERI SAMSURI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Fungsi telefon pintar untuk penggemar automotif memang penting.

Dari mendapat berita terkini, berborak bersama rakan-rakan di dalam kelab kereta/motor/lori/pikap/powil hingga kepada mengambil gambar dan video kenderaan-kenderaan yang diminati.

Namun begitu, dengan harga perkakasan elektronik yang semakin meningkat, Honor (jenama di bawah Huawei) nampaknya mahu memberi fokus kepada model kemasukan (entry level) yang lebih mampu milik.

Walaupun begitu (mampu milik), Honor 7X tidak kedekut dalam spesifikasinya.

 

Antara yang menarik ialah:

  • Skrin 5.93 inci FHD+ dengan nisbah 18:9 dan resolusi 2160 X 1080 tanpa bingkai untuk memenuhi keseluruhan bahagian hadapan henfon. Di bahagian belakang, casis aluminium digunakan untuk rasa premium.
  • Lensa kembar 16 MP + 2 MP di belakang henfon dengan Phase Detection auto Focus (PDAF) yang mempu mencari fokus tepat dalam masa secepat 0.18 saat.
  • Aperture sebesar F/0.95 - F/16) memberikan efek “bokeh” seperti sebuah kamera DSLR.
  • Chip pemprosesan octal-core Kirin 659 pada 2.36G Hz itu diberikan sekali dengan kapasiti 4GB RAM bersama sistem operasi Android 7.0 dan EMUI 5.1 - cukup untuk operasi harian biasa.
  • Saiz storaj ialah 64Gb tetapi ia boleh menggunaan kad microSD sehingga saiz 256 Gb.
  • Bateri 3,340 mAh membolehkan anda menggunakan henfon ini lebih dari sehari untuk sekali caj. 

 

 

Menurut Zhao Zhiwei, ketua operasi Honor Malaysia, beliau percaya model ini akan popular kerana ia membenarkan ramai untuk menikmati telefon pintar tanpa sebarang butang dan skrin hadapan penuh.

Honor Malaysia juga melantik artis tempatan, SonaOne sebagai duta produk Honor.

 

Untuk meraikan pelancaran jenama ini, Honor Malaysia akan menjual 7X dengan harga promosi RM999 melalui platform belian atas talian vMall dan Lazada, esok 18 Disember dari jam 3.00 pm hingga 4.00 pm.

Selepas itu, Honor 7X akan dijual di seluruh negara bermula pada 22 Disember pada harga asal, RM1,099.

Untuk informasi lanjut, layari www.hihonor.com.my