Selain daripada laman sesawang yang telah diberikan nafas baharu, HLYM juga telah melancarkan aplikasi mudah alih "Yamaha Motor Malaysia" dengan rekaan antaramuka yang lebih mesra pengguna, interaktif, dan informatif serta memberikan penerangan yang lebih mendalam terhadap penawaran produk dan juga servis selepas jualan.
Menurut Dato' Jim Khir, Pengarah Urusan HLYM berkata, "dengan kewujudan komunikasi berteknologi tinggi ini, kami berharap ia mampu mendekatkan mereka dengan para pelanggan setia Yamaha, selain akan terus berusaha untuk meningkatkan tahap kualiti servis selepas jualan yang lebih berkesan dan memuaskan."
Aplikasi Yamaha Motor Malaysia kini sedang memasuki pembangunan fasa kedua yang akan merangkumi pelbagai ciri yang memudahkan seperti:
- pembelian barang secara dalam talian dan penghantaran terus ke rumah
- Yamaha Loyalti Programme, rebat dan tawaran eksklusif
- ciri pengimbasan kod QR untuk pengesahan ketulenan produk
- tempahan servis e-booking
- sistem rekod servis e-service
- bank data rangkaian jualan dan servis Yamaha
- servis respons kecemasan menerusi satu sentuhan ringkas
- sistem pengesanan kenderaan masa nyata, ciri anti pencuri
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Yamaha yang telah diberikan nafas baharu di www.yamaha-motor.com.my manakala aplikasi Yamaha Motor Malaysia boleh dimuat turun menerusi App Store Apple dan Google Play Store.