Honda X-ADV raja motosikal kembara di Eropah

oleh Mohamad Hanif|
Segmen motosikal kembara di Eropah sudah mempunyai raja yang baharu apabila ia berjaya mengenepikan model terlaris di Eropah selama bertahun-tahun.
Kawasaki Legend Reborn

Buat pertama kalinya, BMW R 1200 GS terpaksa turun daripada takhta jualan terlaris apabila pendatang baharu, Honda X-ADV berjaya memintas kedudukan GS sekaligus menjadi motosikal paling laris untuk separuh pertama tahun 2018.


Honda X-ADV merupakan sebuah skuter crossover yang membawakan ciri sebuah skuter dan motosikal kembara di dalam sebuah produk 750 cc yang serba berani. 

Walaupun mungkin bagi sesetengah pihak, ia merupakan motosikal yang pelik, resepi yang dibawakan oleh Honda dibuktikan dengan kejayaan jualan sebanyak 3,233 unit pada bulan Januari sehingga Ogos, berbanding 3,180 unit GS yang terjual dalam tempoh yang sama. 

Jika dilihat kepada perubahan trend pemilikan motosikal kembara di Eropah, mungkin sekali BMW tidak akan berdiam diri. 
 

Add new comment

banner articles