Honda US bawa masuk Super Cub dan Monkey

oleh Mohamad Hanif|
Honda US mengembalikan nostalgia kenangan lama bagi mereka yang masih mengingati model ikonik C70 dengan membawa masuk model underbone Honda Super Cub 2019 dan sebuah lagi model minibike Honda Monkey 2019.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Kedua-dua model motosikal ini menggunakan enjin silinder tunggal berkapasiti 125 cc suntikan bahan api yang sama digunakan pada Honda Grom dan dipadankan dengan transmisi manual empat kelajuan untuk Honda Monkey dan transmisi semi-auto untuk Super Cub. 
 


Menurut Honda US, Honda Monkey akan dijual pada tanda harga $4,000 (RM16k++) dengan ciri pillihan ABS sebanyak $200, dan dua pilihan warna iaitu merah dan kuning pisang (sesuai dengan nama monyet yang sukakan pisang).

Manakala Honda Super Cub yang ditampilkan dengan logo sayap klasik Honda itu akan dijual pada harga $3,600 (RM14,358++) dengan ciri ABS yang didatangkan sebagai standard dan penawaran warna tunggal biru sahaja. 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Namun tahukah anda? Kejayaan Soichiro Honda bukan semata-mata usahanya seorang, Takeo Fujisawa,…
Berita Global
Panggilan semula itu, yang dilaporkan Honda kepada NHTSA pada 29 Jun, melibatkan model Civic 2020-…