Honda UK dedah Civic Type-R Konsep Pikap - Trak pikap pertama memakai lencana Type-R

oleh Mohamad Hanif|
Honda UK nampaknya telah mengembalikan ingatan kita kepada Proton Arena yang pernah dikeluarkan oleh Proton suatu ketika dahulu.

Menggunakan casis kereta asal dan kemudian diubahsuai menjadi trak pikap, ada dikalangan pemilik Arena melakukan modifikasi enjin kepada nadi Mitsubishi Evolution III supaya Arena menjadi jentera yang benar-benar serius dan tahan lasak dalam masa yang sama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Untuk projek pikap/Ute Type-R ini, Honda UK telah menggunakan model pra-produksi Type-R dan memulakan modifikasi daripada tiang-B ke belakang kenderaan. 

Masih mengekalkan boot dan sayap belakang ikonik Type-R bagi memudahkan barangan diletakkan dengan selamat dan kekal teguh ketika bergerak laju dari satu lokasi ke satu lokasi yang lain.
 


Dari segi nadi kuasa, Honda UK menggunakan sistem yang sama digunakan oleh Honda CIvic Type-R, disamping turut menawarkan mod pemanduan yang sama termasuklah Comfort, Sport, dan +R

Honda mendakwa trak pikap Type-R ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa kurang enam saat dengan kelajuan tertinggi dicatatkan sepantas 265 km/j. 

Untuk masa terdekat, Honda UK tiada perancangan untuk meletakkan pikap Type-R ini ke dalam produksi massa, akan tetapi jika melihat kepada sambutan awam, ia mungkin akan menjadi kenyataan. Siapa tahu?
 


Sebenarnya, pikap/ute Type-R ini lebih mengingatkan kita kepada projek Preve Ute yang dibangunkan oleh Bufori. Apa sudah jadi pada Preve itu ya?
 

Berita Berkenaan

Berita Global
Untuk sebuah kereta di dalam kategori urban, Honda e sudah cukup cantik dengan jarak gerak sejauh…
Berita Global
Keputusan untuk menutup kilang ini telah dibuat pada Februari 2019 sebagai satu respon terhadap…
Berita Global
Hasrat Dyson untuk menggunakan fasiliti produksi Honda di Swindon, UK untuk pemasangan kereta…