Honda turunkan harga jualan - Honda Civic Type R kini RM18k lebih murah!

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia Sdn Bhd telah mengumumkan perubahan harga terkini yang berkadar sifar peratus GST yang berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Penurunan harga itu melibatkan kedua-dua model pemasangan tempatan (CKD) dan model yang diimport sepenuhnya (CBU).


Bagi model CKD seperti Jazz, Jazz Hibrid, BR-V, City, City Hibrid, HR-V, Civic, CR-V dan Accord akan menerima pengurangan harga bermula dari RM4,088 sehingga RM9,573. 

Manakala model CBU seperti Odyssey akan menerima potongan harga sebanyak RM14,362 manakala model prestasi Civic Type-R pula mendapat potongan harga sebanyak RM18,072.
 


Selain daripada itu, Honda turut meraikan musim perayaan yang bakal tiba tidak lama lagi dengan menawarkan ganjaran dan penjimatan tambahan menerusi Welcome Festive Rewards bermula pada tarikh yang sama. 

Pihak Honda menyatakan bahawa harga aksesori Honda, alat ganti tulen Honda dan caj perkhidmatan servis kenderaan akan mengikut kadar sifar peratus GST mulai 1 Jun 2018. 
 

Senarai penurunan harga boleh dirujuk melalui gambar di bawah.