Honda Thailand perkenal PCX Hybrid - RM 12.5K!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Nampaknya Honda telah memulakan permainan baharu di pasaran Asia Tenggara apabila A.P. Honda Co., Ltd. yang merupakan pengedar rasmi motosikal Honda di Thailand mengumumkan harga PCX Hybrid baharu.

Skuter hibrid ini telah diperkenalkan pada Julai lalu dan pada 2 Ogos lepas Honda memaklumkan bahawa harga pengenalan rasmi ialah 99,000 baht atau bersamaan RM 12,150.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
Honda PCX Hybrid

 

Memandangkan PCX Hybrid ini dilengkapi pelbagai teknologi canggih, harga tersebut adalah sangat berpatutan.

Sebagai perbandingan, Honda PCX 150 2018 yang baru saja dilancarkan di negara kita berharga RM 10,999.00.

PCX Hybrid adalah skuter pertama di dunia yang dikuasakan oleh bateri Lithium-ion. 

Berikut ialah ciri-ciri istimewa pada Honda PCX Hybrid:

  • Dikuasakan oleh bateri Lithium-ion sama seperti kereta hibrid
  • Motor elektrik 48V dipadankan bersama enjin eSP 150cc
  • Mempunyai Power Delivery Unit (PDU) untuk operasi pada setiap masa dan setiap pecutan 
  • Menggunakan emblem Hybrid yang seragam dengan kereta hibrid Honda
  • Mempunyai mod tunggangan iaitu D untuk norman dan S untuk Sport
  • Tangki minyak lapan liter
  • Kuasa 12 ps pada 8,500 rpm (enjin), 1.9 ps pada 3,000 rpm (motor elektrik)
  • 12 Nm pada 5,000 rpm (enjin), 4.3 Nm pada 3,000 rpm (motor elektrik)

Mengenai penggunaan minyak, laman newatlas.com telah membandingkan PCX Hybrid dengan PCX 150 dan 125 bagi melihat sama ada ia berbaloi atau sebaliknya.

Di atas kertas, penggunaan minyak PCX Hybrid ialah 51.9 km/l manakala PCX 125 (tiada di Malaysia) ialah 50.7 km/l dan PCX 150 pada 46.0 km/l.

 

Honda PCX Hybrid

 

Perbezaan di antara PCX 125 tidaklah ketara berbanding PCX 150.

Walaupun PCX Hybrid lebih menjimatkan namun harganya lebih mahal berbanding PCX 150 dan 125. Untuk pasaran tempatan pula, PCX 125 tidak dipasarkan.

Isu seperti ini mungkin menjadi perdebatan namun apa yang penting ialah gendang sudah dipalu untuk menjadikan pasaran motosikal supaya lebih mesra alam dan menjimatkan.

Pelancaran ini juga menjadikan Honda lebih ke hadapan berbanding pesaing lain dan meletakkannya di aras lebih tinggi dan harapnya Boon Siew Honda turut mempunyai perancangan bagi menawarkan PCX Hybrid ke negara kita.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Kredit foto: Honda/Honda Motorcyle Thailand 

 

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…