Honda teruskan program penukaran peledak beg udara Takata di pusat membeli belah dan stesen Petronas

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda teruskan program penukaran peledak beg udara Takata di pusat membeli belah dan stesen Petronas
Honda teruskan program penukaran peledak beg udara Takata di pusat membeli belah dan stesen Petronas
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Malaysia sentiasa aktif dalam program penukaran peledak beg udara Takata. Sejak tiga tahun lalu, pelbagai program telah dianjurkan bagi memastikan kesemua pelanggan yang terjejas dapat menggantikan peledak beg udara terlibat.

Walaupun pelbagai insiatif telah dilakukan, terdapat sejumlah peratusan lagi pemilik yang belum menukar peralatan yang terjejas.

Berikut ialah perkembangan terkini program penukaran oleh Honda Malaysia:

  • Stok peledak beg udara bahagian pemandu dan penumpang sisi sudah 100 peratus tersedia - Tiada lagi masalah ketiadaan stok
  • Peledak beg udara bahagian pemandu sudah 81.2 peratus selesai
  • Peledak bahagian penumpang sisi pula 59.5 peratus selesai - Sejumlah 40 peratus pemilik belum lagi membuat penukaran

Lokasi penukaran

Bagi memudahkan lagi pelanggan, Honda Malaysia akan meneruskan hab penukaran bergerak di pusat membeli belah dan stesen minyak Petronas terpilih.

Sepanjang bulan ini juga, hab penukaran di pusat membeli belah akan beroperasi pada setiap hujung minggu.

Honda Malaysia ingin merakamkan penghargaan kepada PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) di atas kerjasama mereka dalam program penukaran ini.

Suka juga untuk diingatkan, pelanggan tidak perlu membuat temu janji dan hanya boleh terus memandu kenderaan mereka ke hab bergerak dan stesen minyak Petronas untuk menukara peledak yang terjejas.

Temu janji hanya diperlukan untuk penukaran di pusat servis Honda Malaysia. 

Untuk kepastian, pelanggan boleh memeriksa status kenderaan mereka di laman web: www.honda.com.my atau www.productrecall.honda.com.my dan menghubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020. 

Jadual dan lokasi penukaran boleh dimuat turun di sini.

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…