Honda tawar sebuah lagi pesawat, HondaJet 2600, mampu bawa 11 penumpang pada jarak jauh!

oleh Muhammad Md Tajudin|
HondaJet 2600 Concept
HondaJet 2600 Concept
Honda Aircraft Company nampaknya semakin rancak dalam mengembangkan perniagaan udara dan bakal mengkomersialkan HondaJet 2600 Concept.

Jet itu pertama kali dipertontonkan pada Pameran dan Konvensyen Penerbangan Perniagaan NBAA 2021 (NBAA-BACE) di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Careta juga pernah melaporkan tentang jet ringan itu yang bakal menjadi pesawat ketiga selepas HondaJet dan HondaJet Elite II.

Syarikat menyasarkan untuk mendapatkan pensijilan (type certification) pada 2028.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02
HondaJet 2600 Concept
HondaJet 2600 Concept

 

Sejak diperkenalkan pada NBAA-BACE 2021 syarikat menerima reaksi positif dari pasaran.

Pesawat itu direka untuk menjadi jet ringan pertama di dunia yang mampu terbang tanpa henti merentasi benua Amerika Syarikat.

Dari segi kapasiti, jet itu boleh membawa sehingga 11 penumpang termasuk kru dan direka untuk diterbangkan oleh seorang juruterbang.

Sebagai perbandingan, HondaJet boleh membawa tujuh penumpang dan lapan untuk HondaJet Elite II.

 

HondaJet 2600 Concept
HondaJet 2600 Concept

 

Jet itu mempunyai tahap kecekapan penggunaan bahan api yang tinggi dan sehingga 20 peratus lebih ekonomikal berbanding jet ringan biasa yang lain.

Jika dibandingkan dengan jet saiz sederhana pula, 40 peratus lebih ekonomikal untuk misi penerbangan biasa.

Honda Aircraft telah menandatangani perjanjian pembekal strategik dengan beberapa syarikat seperti Aernnova untuk aerostruktur dan komponen dan Garmin untuk avionik.

Lagi syarikat yang terlibat seperti Spirit AeroSystems untuk fiuslaj dan Williams International untuk enjin.

 

HondaJet 2600 Concept
HondaJet 2600 Concept

 

Honda Aircraft Company di dalam proses memuktamadkan reka bentuk kejuruteraan dan program fabrikasi sedang berjalan.

Spesifikasi:

  • Enjin: Williams International FJ44-4C
  • Avionik: Garmin G3000
  • Konfigurasi: 1 kru dan 10 penumpang atau 2 kru dan 9 penumpang
  • Jarak penerbangan / NBAA IFR Range (1 kru dan 4 penumpang): 2,625 batu nautika (4862km)
  • Kelajuan maksimum: 450 KTAS (834 km/j)
  • Altitud maksimum: FL740 (47,000 kaki)

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Pesawat mockup itu dibawa ke Pameran dan Konvensyen Penerbangan Perniagaan NBAA 2021 (NBAA-BACE…