Honda tampilkan siri 500 baharu untuk 2017

oleh |
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Siri model motosikal berkuasa tinggi yang popular dari Boon Siew Honda iaitu Honda CBR500R dan CB500F kini mendapat warna baharu untuk tahun 2017 ini.
Kedua-dua jentera 471cc dwi-selinder selari DOHC dengan sistem sejukan cecair ini mampu memuaskan keperluan tunggangan bagi yang muda dan juga berusia, tak kira samada mereka masih baru menceburkan diri dengan dunia bermotosikal berkuasa inggi mahupun mereka yang telah menimba banyak pengalaman.

Gerek dan lejang model baharu ini  dikonfigurasi setara (square) iaitu pada 67mm x 66.8mm bagi menyalurkan lebih kuasa iaitu 37KW pada 8,500 rpm dan tork maksimum 44Nm pada 7000 rpm. Kapasiti tangki bahanapinya juga telah dipertingkatkan kepada 16.7 liter berbanding model 2016.

16YM CBR500R

CBR500R dan CB500F menggunakan teknologi LED pada kedua-dua lampu hadapan dan belakang dengan bentuk baharu yang lebih bergaya. Ciri keselamatan bagi model ini juga telah dipertingkatkan dengan sistem kunci “wave key”. Siri model Honda 500 terbaharu ini kelihatan lebih agresif dengan ciri-ciri seperti penyerap hentakan depan boleh laras, brek hadapan dengan 5 titik pelarasan, dan peredam ekzos berbentuk sporti.

Siri Honda 500 ini merupakan salah satu produk Honda yang di reka dengan inovasi yang menawarkan prestasi yang kuat dan ketahanan yang boleh dipercayai. Jentera pertengahan atau ‘mid range’ dengan ciri-ciri unik ini didatangkan dengan harga yang berpatutan bagi tunggangan santai, keseronokan memecut dan juga untuk kegunaan harian.

16YM CBR500R
CBR500R

CBR500R dan CB500F Baharu boleh didapati di Honda Impian Honda Shop mulai hari ini 23 Mei 2017 dalamtiga warna: Kuning Lemon Ais (Lemon Ice Yellow) iaitu warna baharu, Merah Milenium(Millennium Red) dan Hitam Belerang (Matt Gunpowder Black).

Model
Std
ABS
CBR500R
RM 31,681.28
RM 35,179.28
CB500F
RM 31,363.28
RM 34,861.28

CB 500 F

16YM CB500F

17YM CB500F

17YM CB500F

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Program ini adalah untuk meraikan bulan Ramadan melalui perkongsian rezeki untuk memperkukuh…
Berita Domestik
Ramai sedia maklum dengan isu yang dihadapi oleh model RS-X pada awal pelancarannya, dikatakan…
Model Terbaharu
Warna baharu itu boleh didapati di semua pengedar Honda sah seluruh negara bermula 24 November 2023…