Honda RS150R Konvoi Marathon Semenanjung 2017

oleh DIANA ISMADI|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Konvoi Marathon Semenanjung 2017 yang berlangsung pada 14 hingga 17 Julai lalu memberi pengalaman dan kenangan manis yang tidak dapat dilupakan oleh para peserta RS150R. Sebanyak 40 buah motosikal Honda RS150R telah menyertai konvoi ini.

Konvoi

Aktiviti ini telah dijayakan oleh tiga pengedar sah Boon Siew Honda BSH (Impian Honda Shop) - Sing Yik Motors (Perak), Ah Thong Motors (Kelantan) dan AKJB Sales & Services (Johor). Konvoi ini telah berjaya mengharungi perjalanan sejauh lebih 1,780 kilometer mengelilingi Semenanjung Malaysia. Konvoi ini mengambil masa selama 4 hari 3 malam bermula di Perak dan merentasi beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor sebelum kembali semula ke Perak. Manakala, peserta dari Kelantan akan menyertai konvoi dari 15 sehingga ke 18 Julai.

konvoi

Pihak pengajur telah menjemput enam orang marshal dan pasukan sokongan Boon Siew Honda untuk memudahkan aliran trafik yang melibatkan ahli konvoi yang ramai. Bermula dari Sing Yik Motors, Chemor Perak, para peserta dari Perak dan Johor dilepaskan oleh Pengurus Jualan Sing Yik Motors, En. Simon Chuak dan Eksekutif Jualan Kanan Honda, Wei Wei seawal 8.30 pagi. Pasukan sokongan Honda yang terdiri daripada mekanik dan safety riding untuk membantu sekiranya ada peserta yang mengalami masalah di sepanjang perjalanan yang mengambil masa selama 9 jam dengan beberapa perhentian di R&R dan stesen minyak. Mereka seterusnya bergerak melalui laluan Gerik ke Ah Thong Motors, Kota Bahru Kelantan.

konvoi

Biarpun masa yang diambil ke destinasi agak panjang, namun telatah ahli-ahli konvoi sangat menghiburkan walaupun ramai ahli yang baru sahaja menyertai konvoi buat kali pertama, namun keserasian terus tercipta di kalangan semua ahli.

Sebaik sahaja tiba di Kota Bahru, para peserta disambut oleh pihak penganjur dari Ah Thong Motors, En. Tio Wei Chun dengan meriah. Lepas makan malam, ahli konvoi berlepas ke Masjid Al-Ismail, Bandar Baru Pasir Pekan, Wakaf Baru, Kelantan untuk sesi pengambaran. Mereka bermalam di E&E Hotel.

konvoi

Hari kedua dimulai dengan sarapan pagi yang enak dan otentik yang dihidang oleh pihak Ah Thong Motors dan diikuti senaman bagi tujuan memanaskan badan yang dipimpin oleh Safety Riding dari Boon Siew Honda yang melibatkan semua peserta konvoi. Pasukan konvoi pada hari ini dilepaskan oleh pengurus Ah Thong Motors – En. Tio Wei Chun.

konvoi

Sesudah sampai ke Kuantan, mereka turut bersinggah ke Pantai Teluk Chempedak untuk memandang keindahan pantai. Setiap kumpulan dibahagikan kepada kumpulan kecil (10 ahli) dan mereka diberikan tugas dan foto terbaik dipilih.

konvoi

Di hari ketiga, mereka berlepas ke Kulai, Johor seawal 7.30 pagi dan bersinggah di beberapa R&R dan stesen minyak di Pekan, Mersing dan Kota Tinggi sebelum bertemu dengan ahli Honda RS150R Southern Club di depan AKJB Sales & Services pada pukul 5.30 petang. Mereka disambut oleh pengusaha AKJB En. Cheng, Pengurus Besar Boon Siew Honda – En. Yee Lip Kwong, Pengurus cawangan Johor – En. Liow Hai Peng dan Pengurus Kanan cawangan Terengganu – En. Ooi Kheng Siang.

Lepas itu, peserta konvoi balik ke hotel untuk mandi dan bersiap sedia untuk makan malam Gala Dinner yang berlangsung di Wheat & Wit Bakery Café & Dining.

konvoi

Acara malam itu dimulakan dengan sesi bergambar di luar dewan yang melibatkan ahli konvoi, ahli dari Honda RS150R Southern Club dan pegawai-pegawai atasan dari Boon Siew Honda. Seterusnya, makan malam Gala Dinner dihiburkan dengan celoteh pengacara yang telah dijemput khas dan diselang-selikan dengan acara hiburan seperti alunan muzik, permainan, pertandingan tarian dan hidangan buffet. Majlis Gala Dinner tidak akan lengkap jika tidak diselitkan dengan acara cabutan bertuah. Hadiah utama berupa topi keledar berjenama GIVI & KYT yang bernilai lebih kurang RM400.

Manakala kemeja-T, pelincir dan pelbagai lagi hadiah berupa barangan penyelenggaran dan motosikal Berjaya dimenangi oleh peserta konvoi. Taniah diucapkan kepada para pemenang dan ribuan terima kasih kepada penaja-penaja hadiah cabutan bertuah. Acara majlis Gala Dinner berakhir sekitar 11.00 malam. Senarai nama tajaan untuk konvoi: Boon Siew Honda Sdn. Bhd., GIVI, IPONE, RKM, Koyoto, XL Parts, AEON Credit, Parkson Credit, Up Gasket, Taikom Racing, Allianz General Insurance, P&O Insurance, TAA, Motor Tan, Apple Gasket, Wei Shean, Seng XT & Kok Woi Spare Parts.

konvoi

Pada hari akhir konvoi, usai sahaja bersarapan, peserta bersiap sedia untuk pulang ke destinasi masing-masing.

Peserta dari Perak sampai ke Ipoh kira-kira 6.30 petang. Manakala peserta dari Kelantan bermalam sebelum berlepas balik di kebesokan harinya.

Keletihan memang dirasai, namun apabila menunggang motorsikal RS150R beramai-ramai, ia tidak dirasai kerana perasaan seronok mengaburinya. Setiap sejam perjalanan, mereka akan berhenti di kawasan rehat dan rawat (R&R) untuk mengisi minyak dan memastikan motorsikal berada dalam keadaan baik sebelum meneruskan perjalanan. Konvoi ini turut diikuti oleh pasukan sokongan mekanik dari Boon Siew Honda, Sing Yik Motors dan Ah Thong Motors. Setiap hentian, pengisian minyak dan pengendalian peserta konvoi di atas jalan diurus rapi bagi mengelakkan sebarang masalah.

konvoi

Sekali lagi, pengurusan dari pihak penganjur - Sing Yik Motors, Ah Thong Motors & AKJB telah membuktikan kecekapan mereka untuk mengurus aktiviti ini secara rapid dan teratur.

Bagi anda yang ingin memiliki Honda motosikal, anda boleh melayari lawan web www.boonsiewhonda.com.my atau LIKE Facebook Honda Motorcycle Malaysia – boon siew honda

 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…