Honda Ridgeline sebenarnya alah kepada sabun basuh!

oleh Mohamad Hanif|
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Tidak terdapat di pasaran Malaysia, Honda juga sebenarnya memproduksikan trak pikap Ridgeline yang agak popular juga di pasaran Amerika.  

Malah tahun 2018 sahaja Honda telah menjual sebanyak 30,500 unit kepada para pelanggan mereka, menjadikan ia sebagai tahun kedua berturut-turut model yang paling laris terjual sepanjang sedekad lalu.

Baru-baru ini, Honda telah mengumumkan kempen panggil semula yang kini merupakan kelaziman untuk setiap pengeluar, namun sebab panggil semula ini kedengaran sedikit aneh. 

Menurut National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA), Honda Ridgeline (model tahun 2017-2019) dikatakan mengalami risiko kebakaran akibat pam bahan api meretak disebabkan terdedah kepada asid, termasuklah sabun pencuci kenderaan!
 


Honda telah menghubungi seluruh pusat pengedar mereka dan bakal memberitahu para pemilik yang terjejas untuk tujuan pemasangan pelindung pam bahan api yang baharu supaya tidak mudah terdedah kepada bahan asid. 

Proses panggil semula ini akan bermula pada 7 Mac ini dan segala kos penggantian akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Kira-kira 858 Taycan pada mulanya dikenal pasti berisiko dan ditarik balik pada bulan Januari,…
Berita Domestik
Sebanyak 60 unit Omoda 5 yang dihasilkan pada 15 Ogos 2023 dan  dipasang dengan komponen bermasalah…
Berita Domestik
Menurut JPJ, pihaknya akan memantau pelaksanaan proses pemanggilan semula ini dan komited untuk…