Honda rai penyerahan Honda City Sport Hybrid kepada pemilik pertama di Malaysia

oleh DIANA ISMADI|

Honda Malaysia hari ini telah meraikan penghantaran Honda City Sport Hybrid i-DCD kepada pelanggan pertama pasaran tempatan, Wilson Wong.

 

Penyerahan unit pertama Honda City Hybrid ini telah berlangsung di Tenaga Setia Resources, Petaling Jaya. Sebagai pelanggan pertama City Hybrid, Wilson turut menerima tiket Formula 1 Petronas Grand Prix 2017 dan pakej aksesori Modulo yang bernilai RM5,070.

 

“Saya telah mencari kereta yang sesuai bagi kegunaan keluarga dan menawarkan prestasi pemanduan yang sporty. Saya sangat teruja apabila mendapat tahu Honda Malaysia telah memperkenalkan City Hybrid yang menawarkan ciri keselamatan, ruang dalaman luas dan penjimatan bahan api. Ini sangat sesuai bagi kegunaan harian, dan setelah memandu uji, saya kagum dengan teknologi termaju yang ada padanya” kata Wilson.

Honda City Hybrid

 

Di Jepun, Honda telah berjaya menjual hampir 865,000 unit kenderaan hybrid. Selain Jepun, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang menerima City Hybrid dan ia ditawarkan pada harga dibawah RM90,000.

 

Sejak dilancarkan pada bulan Mac lalu, Honda City telah terjual sebanyak 11,000 unit dalam hanya masa empat bulan. Rekod ini konsisten dengan lebih 260,000 unit Honda City terjual sejak diperkenalkan pada tahun 2001.

 

Honda Malaysia juga kini sedang menganjurkan kempen T3ST DRIV3 R3WARDS bermula 18 hingga 31 Ogos 2017 bagi meraikan kejayaan pelancaran tiga model baharu iaitu Honda CR-V, Jazz Hybrid dan City.

 

Pelanggan yang memandu uji CR-V 1.5L Turbocharged Premium, Jazz Sport Hybrid i-DCD, dan City Sport Hybrid i-DCD di semua pengedar sah Honda seluruh negara layak menyertai kempen ini.

 

300 pemenang cabutan bertuah daripada kempen ini bakal memenangi baucar tunai bernilai RM300 setiap seorang.

 

Untuk maklumt lanjut, anda boleh kunjungi pengedar sah Honda di seluruh negara, hubungi talian tol percuma Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web www.honda.com.my

 

Add new comment

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Honda Malaysia hari ini telah membuka satu lagi pusat 3S baharu di Skudai, Johor yang dikendalikan…
Berita Domestik
Honda Malaysia sentiasa aktif dalam program penukaran peledak beg udara Takata. Sejak tiga tahun…
Berita Domestik
Honda Malaysia kini telah meraikan penyerahan Honda Jazz Sport Hybrid kepada pemilik pertama model…