Honda Malaysia umum Bonus GST untuk model terpilih

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia Sdn Bhd turut mengumumkan perubahan harga jualan kenderaan Honda berikutan penetapan kadar GST kepada sifar sepertimana yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan Malaysia berkuat kuasa 1 Jun 2018.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Sehubungan dengan itu, Honda mengumumkan promosi Bonus GST  bermula dari 18 Mei sehingga 31 Mei 2018 bagi pelanggan yang ingin membeli kenderaan impian mereka sempena musim perayaan yag bakal menjelang. 
 


Melalui Bonus GST ini, Honda akan menyerap kos 6% daripada cukai GST dan para pelanggan layak menerima bonus "Welcome Ramadhan Rewards" daripada Honda.

Walaubagaimanapun, promosi ini terhad kepada model terpilih seperti Honda City (varian petrol sahaja), Honda Civic, Honda CR-V dan juga Honda HR-V. 

Pembelian model-model Honda lain seperti Jazz, BR-V, Accord, Odyssey, Civic Type R, Jazz dan City Hibrid hanya layak menerima bonus "Welcome Ramadhan Rewards" sahaja dan tidak tertakluk kepada Bonus GST ini.

Honda Malaysia dijangka akan mengumumkan penstrukturan semula harga baharu pada 1 Jun 2018 sejajar dengan perubahan kadar GST kepada sifar peratus. 
 


Untuk maklumat lanjut, sila hubungi talian bebas tol Honda di talian 1-800-88-2020 atau layari laman web rasmi Honda di alamat www.honda.com.my

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…