Honda Malaysia tawarkan pelbagai barangan rasmi dengan tema dan gayaan menarik

oleh Muhammad Md Tajudin|
Barangan rasmi Honda
Barangan rasmi Honda
Kepada peminat dan pemilik kenderaan Honda, barangan rasmi ini mungkin menarik perhatian anda. Honda Malaysia mengumumkan pelbagai barangan rasmi Honda boleh didapati di 88 pengedar sah di seluruh negara bermula hari ini.

Istimewa untuk pengunjung program Honda Family Road Trip (HFRT) di AEON Mall, Kota Bahru pada 27-28 October 2017, barangan rasmi ini sudah pun ditawarkan lebih awal dari tarikh jualan rasmi.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dengan tema ‘Challenging Spirit’, barangan rasmi ini membawa pengaruh kuat nilai Honda iaitu ketabahan, bekerja keras dan tidak pernah menyerah - nilai sama yang telah membawa Honda sehingga ke tahap sekarang.

Honda Malaysia teruja untuk berkongsi inspirasi dan nilai yang sama dengan semua pelanggannya
melalui koleksi barangan baru ini.

Koleksi barangan baru ini membawa motif The Great Wave yang berasal dari ilustrasi Jepun. Rekaan ini turut membawa DNA 'Challenging Spirit' Honda iaitu nilai teras syarikat dalam menghadapi sebarang cabaran.

Koleksi baru ini dibuat dengan gayaan kontemporari menjadikannya bergaya dan terkini dengan motif estetik Jepun yang kini menjadi trend semasa. Rekaan koleksi ini turut disesuaikan dengan gaya hidup semasa
rakyat Malaysia membolehkannya sesuai untuk digunakan pada waktu kerja dan masa lapang.

 

Honda percaya bahawa keseronokan pembelian tidak terhad kepada pemilikan kenderaan tetapi juga untuk kesemua produk Honda termasuk barangan rasmi bagi membina dan mengekalkan hubungan yang kuat dan kepercayaan dengan pelanggan.

Barangan rasmi Honda terdiri daripada tiga koleksi utama dengan tema semangat mencabar dan boleh dimiliki pada harga RM25 hingga RM129 *.

Berikut ialah barangan rasmi mengikut koleksi yang ditawarkan:

1. Corporate Collection:

  • Shirt polo, topi dan baju perlumbaan (racing shirt)

2. Lifestyle Collection:

  • T-shirt Challenging Spirit, jaket bomber, baju sejuk
  • Beg duffel, beg belakang, beg tote, set beg kunci, pemegang pasport kulit, beg kasut,
    botol air, beg poket mini dan payung 

3. Active Wear Collection:

  • Pakaian sukan dan beg pinggang ringan

 

Untuk maklumat lanjut tentang barisan produk baru Honda Malaysia, pelanggan boleh berkunjung ke
mana-mana wakil peniaga sah Honda di seluruh negara atau menghubungi talian bebas tol Honda 1-800-88-2020 atau melayari www.honda.com.my.

*Harga dan barangan boleh berubah tanpa sebarang notis terlebih dahulu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Seperti kei-car lain, N-VAN digerakkan enjin 660 cc bagi varian G, L, FUN, FUN STYLE+ NATURE …
Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…