Tujuan panggil semula dijalankan adalah untuk situasi berikut:
1. Kamera sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang tidak aktif
Menggantikan kamera ADAS yang dipasang pada cermin hadapan yang mungkin tidak beroperasi dengan sempurna, dan mengakibatkan sistem ADAS tidak berfungsi sewaktu pemanduan.
Kira-kira 630 unit City Hybrid 2021 terlibat.
2. Kimpalan tidak sempurna pada pelaras kerusi pemandu
Honda Malaysia akan memeriksa titik kimpalan pada pelaras sisi tempat duduk sebelah pemandu yang mungkin akan menyebabkan kedudukan yang tidak tetap, dan boleh menjejaskan perlindungan tali pinggang keledar kepada pemandu.
Sebanyak 72 unit Civic 20202 terlibat.
Pihak Honda Malaysia turut meminta maaf atas kesulitan yang timbul dan menjamin model yang sedang diproduksikan pada ketika ini tidak terjejas dengan kempen panggil semula terbaharu ini.
Sehingga kini, tiada sebarang insiden kemalangan atau kecederaan dilaporkan berpunca daripada isu yang berbangkit.
Kesemua pelanggan yang terjejas akan dimaklumkan menerusi surat pemberitahuan dan Honda Malaysia menggesa pelanggan yang terbabit untuk menghubungi pusat pengedar sah Honda untuk membuat temujanji bagi membolehkan kenderaan mereka diperiksa dan diperbaiki sekiranya diperlukan.
Pemeriksaan, pembaikan dan penggantian komponen yang terjejas adalah percuma dan segala kos akan ditanggung sepenuhnya oleh Honda Malaysia.
Honda Malaysia turut menggalakkan pelanggan untuk memuat turun aplikasi HondaTouch untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kempen panggil semula terbaharu ini, atau menghubungi talian bebas tol Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau melayari laman web productrecall.honda.com.my.