Honda Malaysia buka pusat 3S di Banting

oleh Mohamad Hanif|
Honda Malaysia hari ini secara rasminya membuka Pusat 3S yang terkini bertempat di Banting, Selangor.

Dengan nilai pelaburan sebanyak RM15 juta, pusat 3S yang dikendalikan oleh Banting Star Sdn Bhd ini lengkap dengan fasiliti dan kemudahan yang memenuhi standard yang ditetapkan oleh Honda Malaysia.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01


Pusat 3S ini mempunyai keluasan sebesar 23,250 kaki persegi dan mampu memberikan khidmat servis kepada lebih 44 buah kereta dalam masa sehari.

Pusat 3S ini juga turut mempunyai ruang menunggu, ruang VIP, kemudahan surau, kafe yang menyediakan minuman panas dan sejuk, sudut kanak-kanak.

Bagi memudahkan urusan pelanggan setia Honda, Banting Star juga turut menawarkan khidmat pembaharuan lesen, cukai jalan serta perlindungan insurans kepada para pelanggan.

 


Menurut Pengarah Urusan Honda Malaysia, Toichi Ishiyama berkata: “Pusat 3S serba baharu ini bakal memberikan kemudahan kepada penduduk sekitar Banting. Komitmen Banting Star dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik adalah amat dipuji.”

“Kami percaya tumpuan mereka adalah sejajar dengan prinsip Honda Joy of Selling and Joy of Buying,” tambah beliau.



Honda memulakan tahun 2018 dengan pelancaran Honda Odyssey yang dilengkapi ciri Honda SENSING, yang mana menerima sambutan baik daripada masyarakat.

Suku pertama 2018 mencatatkan pertumbuhan yang amat baik bagi Honda apabila mencapai jualan yang stabil mencecah 24,100 unit kenderaan telah terjual, dengan Honda City dinobatkan sebagai model yang paling popular untuk tempoh yang sama.

Pembukaan Banting Star Sdn Bhd ini amat bertepatan untuk menampung permintaan servis selepas jualan yang semakin meningkat hasil daripada peningkatan kadar jualan oleh Honda tahun lepas. 


Untuk membuat temujanji atau pertanyaan berkenaan pusat 3S terbaharu Honda di kawasan Sentral ini, orang ramai boleh menghubungi Banting Star Sdn Bhd di talian: 03-3191 6100 (Bahagian Jualan dan Servis) atau dengan melawati sendiri pusat ini di alamat tertera di bawah:

Banting Star Sdn Bhd,
Lot 108, Jalan Klang Banting,
Telok Panglima Garang,
42500 Banting
Selangor Darul Ehsan.

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…