Honda Malaysia buka Pusat 3S ala kompleks membeli-belah di Klang

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Malaysia buka Pusat 3S ala kompleks membeli-belah di Klang
Honda Malaysia buka Pusat 3S ala kompleks membeli-belah di Klang
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Honda Malaysia pada 28 September telah membuka pusat 3S (Jualan, Servis dan Alat ganti) terbaru di perbandaran yang pesat berkembang iaitu Bandar Botanic, Klang. Pusat 3S itu dimiliki oleh Botanic Auto Mall Sdn. Bhd. (Botanic Auto Mall) dan ia adalah pusat 3S ketiga Honda di Klang.

Pusat 3S terbaru itu dapat memberi lebih kemudahan kepada pengguna Honda di kawasan pinggir bandar yang pesat membangun.

Paling besar di kawasan tengah

 

Honda Malaysia buka Pusat 3S ala kompleks membeli-belah di Klang

 

Pusat 3S serba lengkap dan terkini itu memakan belanja sekitar RM 22 juta untuk disiapkan. Pusat itu dibina di atas tanah dengan keluasan 1.7 ekar dengan saiz binaan hampir 72,000 kaki persegi.

Saiz binaan itu adalah yang paling besar di kawasan tengah seterusnya dapat menampung kapasiti khidmat lepas jualan lebih besar selari dengan jualan pesat Honda kebelakangan ini. 

Lokasi strategik

Pusat 3S terbaru itu juga berada di lokasi strategik iaitu berdekatan pejabat pos, klinik, stesen minyak dan pasar raya besar. Fasiliti sedia ada dapat memudahkan urusan pelanggan berbanding menunggu kereta diselenggara terutama sekali servis major yang memakan masa berjam lamanya.

 

Honda Malaysia buka Pusat 3S ala kompleks membeli-belah di Klang

 

Pusat itu juga mempunyai akses mudah seperti Lebuh Raya KESAS yang bermakna ia senang untuk dikunjungi pelanggan dari luar seperti Shah Alam, Subang dan Petaling Jaya. Suatu yang penting memandangkan slot tempahan untuk servis major juga memakan masa berhari lamanya.

Selain itu, stesen MRT 3 terbaru juga akan dibina di belakang Botanic Auto Mall dan apabila siap kelak dapat memberikan lebih kemudahan kepada pelanggan.

Mampu servis 120 buah kenderaan sehari

 

Honda Malaysia buka Pusat 3S ala kompleks membeli-belah di Klang

 

Botanic Auto Mall mempunyai 24 ruang servis yang mampu menyelenggara sehingga 120 buah kenderaan sehari. Ruang servis itu termasuk lima servis pantas, 16 pembaikan umum, satu servis tayar dan dua servis penyaman udara.

Kemudahan lain yang terdapat di pusat ini ialah ruang rehat eksekutif dan pelanggan, kaunter kafe dengan minuman dan makanan percuma, surau dan juga khidmat shuttle untuk pelanggan dan juga eskalator dari tingkat bawah ke tingkat satu yang direka bentuk berasaskan kompleks membeli-belah.

Nombor satu dalam segmen bukan nasional

 

Honda Malaysia buka Pusat 3S ala kompleks membeli-belah di Klang

 

Sejak permulaan 2017, Honda Malaysia telah mencatatkan rekod jualan konsisten seterusnya mengukuhkan lagi penguasaan sebagai pengeluar nombor satu dalam segmen bukan nasional dan di kedudukan kedua dalam jumlah keseluruhan industri (TIV).

Pencapaian itu di antaranya disumbang oleh pelancaran lima model rupa baharu dan baharu yang mana kesemuanya mendapat sambutan hangat. Jualan setakat 31 Ogos sudah pun melebihi 70,800 unit dan ditambah satu lagi model baharu yang bakal dilancarkan, Honda Malaysia yakin untuk mencapai sasaran 100,000 unit tahun ini.

 

Honda Malaysia buka Pusat 3S ala kompleks membeli-belah di Klang

 

Kawasan tengah mencatat jualan tertinggi dengan lebih dari 33,400 unit telah terjual dari Julai hingga Ogos tahun ini. Jumlah itu meningkat 27 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Selangor mencatat jualan paling tinggi iaitu lebih dari 19,300 unit setakat Ogos lalu.

Sesuai dengan sambutan menggalakkan dari rakyat Malaysia, Honda akan menambah tiga lagi pengedar baharu pada tahun ini menjadikan 93 pengedar kesemuanya di seluruh negara.

Botanic Auto Mall

Botanic Auto Mall terletak di Lot 143100, Jalan Kasuarina 13/KS 017, Ambang Botanic, 41200, Klang Bandar DiRaja, Selangor. Tempahan servis boleh dibuat melalui nombor telefon:03-3319 3387.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…