Honda kuasai pasaran kereta penumpang di Thailand - Jual lebih dari 61K unit pada 6 bulan pertama tahun ini!

oleh Muhammad Md Tajudin|
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda bukan sahaja cemerlang di dalam negara dengan angka tempahan dan jualan yang menggagumkan tetapi juga di Thailand. Pada 18 Julai lalu, Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd.telah mengumumkan jumlah jualan kereta penumpang sebanyak 61,428 unit. 

Angka tersebut menjadikan Honda sebagai jenama paling laris dalam kategori kereta penumpang dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini. Jumlah jualan yang dicapai meningkat 14 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Secara keseluruhan, Honda memegang 33 peratus jualan kereta penumpang di Thailand. Kejayaan itu di antaranya disumbang oleh pelancaran lima model baharu dalam enam bulan pertama tahun ini.

Berikut ialah senarai model yang baru dilancarkan pada 2017:

1. Honda City 

2. Honda Civic Hatchback

3. Honda CR-V 

4. Honda Mobilio

5. Honda Jazz 

Kesemua model di atas menerima sambutan hangat dari pasaran. Sebagai contoh, Honda City mencatat jualan paling tinggi dalam segmennya dengan tempahan melebihi 22,000 unit.

 

 

Tempahan Honda CR-V pula melebihi 6,500 unit dalam tempoh tidak sampai empat bulan dilancarkan. Berbeza dengan Malaysia, CR-V pasaran Thailand ditawarkan dalam dua varian enjin iaitu 1.6L i-DTEC turbo diesel atau 2.4L DOHC i-VTEC.

Honda CR-V pasaran tempatan dikuasakan oleh dua pilihan enjin iaitu 1.5 VTEC Turbo dan 2.0 i-VTEC. Terdapat beberapa lagi perbezaan di antaranya Honda Civic Hatchback tidak ditawarkan di sini dan ia ditebus dengan Honda Jazz Hybrid dan Honda City Hybrid yang baru sahaja dilancarkan.

Honda Mobilio pula dilihat tidak sesuai dengan posisi penjenamaan Honda dan persepsi pasaran tempatan sebagai kenderaan separa premium. 

Berikut ialah senarai jualan tiga model terlaris di Thailand

1. Honda City - 17,511 unit 

2. Honda Civic dan Civic Hatchback - 13,692 units 

3. Honda Jazz - 10,285 units

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
  Sebagai contoh Honda memasarkan CB125R yang menggunakan enjin paling kecil dalam siri Neo…
Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…