Honda kenalkan Advance Ultra Body Coating-Harga RM2,880

oleh DIANA ISMADI|
Honda Malaysia kini telah memperkenalkan satu produk penjagaan kereta baharu iaitu Ultra Body Coating.


Harga yang ditawarkan adalah RM2,880 untuk semua model dengan jaminan selama tiga tahun. Pakej ini termasuk penyelenggaraan percuma selama dua kali, sekali setiap enam bulan pada tahun yang pertama.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

 

Pelanggan kini boleh menggunakan produk ini untuk menjaga dan mengekalkan permukaan cat kereta tanpa menjejaskan waranti asal cat kereta.

 

Lapisan Badan Ultra Advance ini mempunyai salutan yang berasaskan kaca yang paling kuat oleh Standard Industri (Penilaian 9H) untuk melindungi cat dan warna pada permukaan badan kereta dari kesan haba, sinaran UV, debu besi, najis burung, tar, dan batu kecil.

 

Ultra Body Coating oleh Honda Access ini dihasilkan dari bahan yang berasaskan kaca dengan fungsi melincir yang membolehkan penyelenggaraan lebih mudah dan antifouling berkesan untuk menambah perlindungan terhadap cat kenderaan.

 

Produk ini telah diuji dan diluluskan oleh Honda Access Jepun, yang merupakan jenama asli yang sah untuk aksesori Honda.

 

Kepada pelanggan Honda yang berminat, anda kini boleh membawa kereta anda kepada panel sah yang terdekat untuk mendapatkan coating kepada buat anda.

 

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh lawati mana-mana pengedar sah Honda seluruh negara atau hubungi talian bebas tol Honda di 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my