Honda kekal pendahulu segmen bukan nasional bagi separuh pertama 2018

oleh Mohamad Hanif|
Honda masih kekal mendahului pengeluar yang lain bagi separuh pertama 2018 dengan jumlah jualan yang dicatatkan daripada Januari sehingga Jun 2018 sebanyak 51,354 unit kenderaan.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Honda Malaysia yakin dengan trend yang ditunjukkan oleh data terkini memudahkan mereka mencapai sasaran yang telah ditetapkan bagi tahun 2018, iaitu sebanyak 109,000 unit kenderaan terjual untuk setahun. 

Jumlah tempahan yang diterima oleh Honda Malaysia juga menunjukkan angka tertinggi yang dicapai dalam sejarah, iaitu sebanyak 20,000 tempahan, didahului oleh Honda City (36%) manakala Civic dan CR-V masing-masing mencatatkan tempahan sebanyak 14%.

Angka Total Industry Volume (TIV) setakat 30 Jun 2018 menyaksikan Honda memegang tangga kedua secara keseluruhan yang disumbang oleh penjualan model sedan paling laris, iaitu City dengan 15,400 unit terjual diikuti oleh model HR-V (16%) dan CR-V (13%).

Syabas kami ucapkan kepada Honda atas kejayaan yang diperoleh. 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
"Namun begitu kami yakin ia mampu dicapai berdasarkan rekod jualan yang baik bagi tahun lalu yang…
Berita Domestik
Pencapaian tersebut menjadikan Honda Malaysia kekal kedudukan nombor satu dalam negara untuk…
Berita Domestik
Sebagai varian yang paling tinggi dalam penawaran SUV CR-V generasi baharu, CR-V e:HEV RS…