Honda Jazz rupa baharu dan Jazz Hybrid kini di pasaran - Harga bermula dari RM74.8K!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Tiga varian - S, E dan V  Jazz Petrol Baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V. Untuk model rupa baharu ini, kesemua varian dilengkapi Gril Hadapan Krom, Bampar Hadapan dan Belakang dengan rekaan baru, Butang Penghidup Enjin dan Sistem Kemasukan Pintar serta butang ECON.  Varian V paling istimewa yang dilengkapi pelbagai ciri seperti Rim Aloi Dua Tona, Paddle Shift dan Kawalan Jelajah, tempat duduk separa kulit, Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED serta Kamera Undur dan Paparan Audio bersaiz 6.8” baha
Tiga varian - S, E dan V Jazz Petrol Baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V. Untuk model rupa baharu ini, kesemua varian dilengkapi Gril Hadapan Krom, Bampar Hadapan dan Belakang dengan rekaan baru, Butang Penghidup Enjin dan Sistem Kemasukan Pintar serta butang ECON. Varian V paling istimewa yang dilengkapi pelbagai ciri seperti Rim Aloi Dua Tona, Paddle Shift dan Kawalan Jelajah, tempat duduk separa kulit, Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED serta Kamera Undur dan Paparan Audio bersaiz 6.8” baharu. Varian E turut berkongsi Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED, Kamera Undur dan Paparan Audio bersaiz 6.8”. Turut baharu ialah panel sentuhan untuk sistem pendingin hawa automatik. Varian E akan menerima naik taraf panel sentuhan untuk sistem pendingin hawa automatik. Varian E dan V dilengkapi Paparan Audio bersaiz 6.8” yang baru. Dibangunkan di bawah prinsip “Man Maximum, Machine Minimum”, Jazz Baharu mengekalkan ciri tempat duduk ULTRA Seats yang ikonik dengan 4 mode (Utiliti, Panjang, Tegak dan Lapang) u
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
HONDA CR-V MREC Banner Campaign March 2024

Kereta kompak kegemaran ramai iaitu Honda Jazz telah dilancarkan secara rasmi hari ini. Tiga varian rupa baharu Honda Jazz kini tampil dengan naik taraf luar dan dalam. Lebih menarik apabila Honda Malaysia turut melancarkan Honda Jazz Sport Hybrid i-DCD.

Malaysia adalah satu-satunya negara selain Jepun yang memperkenalkan sistem Sport Hybrid i-DCD Honda dan juga tawaran tunggal kenderaan hibrid pada harga di bawah RM90,000. 

Lebih 47,000 unit terjual

Jazz Generasi ke-3 telah menjadi peneraju segmennya dengan lebih 47,000 unit terjual di Malaysia sejak dilancarkan pada tahun 2014 dan ia terus menerima sambutan hangat.

Jazz Petrol  Baharu dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan di bawah Earth Dreams Technology Honda.

Padanan rangkaian kuasa jentera yang diiktiraf sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” itu menawarkan pemanduan yang mengujakan dan jimat bahan api.

Tiga varian - S, E dan V

Jazz Petrol Baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V. Untuk model rupa baharu ini, kesemua varian dilengkapi Gril Hadapan Krom, Bampar Hadapan dan Belakang dengan rekaan baru, Butang Penghidup Enjin dan Sistem Kemasukan Pintar serta butang ECON.

Varian V paling istimewa yang dilengkapi pelbagai ciri seperti Rim Aloi Dua Tona, Paddle Shift dan Kawalan Jelajah, tempat duduk separa kulit, Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED serta Kamera Undur dan Paparan Audio bersaiz 6.8” baharu.

Varian E turut berkongsi Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED, Kamera Undur dan Paparan Audio bersaiz 6.8”. Turut baharu ialah panel sentuhan untuk sistem pendingin hawa automatik.

Varian E akan menerima naik taraf panel sentuhan untuk sistem pendingin hawa automatik. Varian E dan V dilengkapi Paparan Audio bersaiz 6.8” yang baru.

Dibangunkan di bawah prinsip “Man Maximum, Machine Minimum”, Jazz Baharu mengekalkan ciri tempat duduk ULTRA Seats yang ikonik dengan 4 mode (Utiliti, Panjang, Tegak dan Lapang) untuk memaksimumkan ruang buat pemandu, penumpang dan barangan yang mereka bawa.

Tempat duduk yang mempunyai pelbagai mode konfigurasi ini membolehkan Jazz diubah suai untuk apa jua keadaan, sama ada perjalanan yang dekat atau jauh. 

Honda Jazz Hybrid

Jazz Hybrid Baharu dilengkapi dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang dipadankan dengan Dual-Clutch Transmission (DCT) 7 kelajuan bersama Integrated High Power Motor untuk menawarkan pecutan yang mengagumkan dan pengalaman pemanduan yang lebih sporty.

Sistem hibrid baharu itu dikuasakan oleh sebuah bateri Lithium-Ion yang memiliki 1.5 kali kapasiti kuasa dan 50% lebih berkuasa walaupun saiznya lebih kompak berbanding sistem Integrated Motor Assist (IMA) pada model hibrid Honda sebelum ini.

Apabila mod Sport diaktifkan, Sport Hybrid i-DCD menawarkan output kuasa gabungan enjin dan motor elektrik yang mencecah 137PS iaitu bersamaan kuasa sebuah enjin bersesaran 1.8L.

Stereng Kuasa Elektrik (Electric Power Steering) telah dipertingkatkan untuk menjadikan jentera ini lebih responsif. Apabila digabungkan dengan kotak gear DCT 7 kelajuan dan bateri Lithium-Ion, Jazz Hybrid Baharu menjanjikan pemanduan yang sporty dan mengujakan.

Jazz Hybrid Baharu memiliki fungsi dan posisi bebas untuk motor elektrik serta enjin. Ini membolehkannya menawarkan prestasi penjimatan bahan api yang terbaik dan pengalaman pemanduan lebih sporty dengan mengekalkan aspek janaan semula kuasa.

Berlainan dengan IMA, sistem pendingin udara Sport Hybrid i-DCD dipacu oleh pemampat motor, yang bermakna suhu enjin dalaman dapat dikekalkan walaupun ketika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

Ciri-ciri keselamatan

Honda Jazz Baharu memperoleh skor lima bintang ASEAN NCAP. Kesemua varian dilengkapi Brake Assist (BA) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Varian V mengekalkan 6 Beg Udara, manakala varian E ditambah menjadi 4 Beg Udara berbanding dua sebelum ini. Sama seperti varian E, varian Sport Hybrid turut menerima 4 Beg Udara.

Ciri Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA) dipasang pada varian E, V dan Sport Hybrid.  

Warna dan jaminan

Jazz Petrol Baharu akan ditawarkan dalam lima warna iaitu Kelabu Metalik (Modern Steel Metallic), Perak Metalik (Lunar Silver Metallic), Merah (Carnival Red), Putih (Taffeta White) dan Hitam (Crystal Black Pearl).

Jazz Hybrid Baharu pula ditawarkan dalam warna Perak Metalik (Lunar Silver Metallic), Kelabu Metalik (Modern Steel Metallic) dan Putih Mutiara (White Orchid Pearl).

Jaminan untuk Jazz Petrol Baharu dan Jazz Hybrid Baharu dikekalkan kepada lima tahun dengan had perbatuan tanpa had dan selang servis 10,000 yang boleh dilakukan di mana-mana 91 pengedar sah Honda di seluruh negara.

Selain jaminan standard, Jazz Hybrid baharu turut hadir dengan jaminan selama 8 tahun untuk bateri Lithium-Ion.

Pakej aksesori

Honda Malaysia turut mempamerkan Kereta Konsep Jazz Mugen Baharu dengan pakej aksesori yang bergaya. Pakej Mugen yang ikonik itu akan ditawarkan pada harga RM5,670 merangkumi spoiler hadapan, sisi, bawah dan belakang, serta boleh dibeli oleh pelanggan bermula Oktober 2017.

Pakej Urban akan ditawarkan pada harga RM1,580 manakala Pakej Utiliti pula berharga RM820.

Harga

Honda Jazz Hybrid Baharu ditawarkan pada harga yang cukup menarik iaitu RM87,500 (OTR termasuk Insurans). Harga Jazz Petrol Baharu pula adalah seperti berikut;

  • RM74,800 (OTR termasuk Insurans) untuk varian S
  • RM81,000 (OTR termasuk Insurans) untuk varian E
  • RM88,400 (OTR termasuk Insurans) untuk varian V

Honda Malaysia mensasarkan jualan bulanan sebanyak 1,200 unit untuk Jazz Petrol Baharu dan 150 unit untuk Jazz Hybrid Baharu.

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Menurut laporan Nikkei Asia, Nissan mahu bergerak ke arah penghasilan tren kuasa umum untuk EV,…
Berita Global
  Jarak roda juga sama iaitu 2,830 mm. Dari sisi, Accord nampak begitu panjang dan disumbang oleh…
Berita Global
Honda CRF1100L Africa Twin Adventure Sports ES DCT   Honda menukar kawalan DCT pada julat…