Honda Jazz petrol terima sambutan hangat - 1.3K tempahan dalam masa 2 minggu!

oleh Muhammad Md Tajudin|
Honda Jazz petrol terima sambutan hangat - 1.3K tempahan dalam masa 2 minggu!
Honda Jazz petrol terima sambutan hangat - 1.3K tempahan dalam masa 2 minggu!
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dua minggu adalah bersamaan 14 hari. Tempoh tersebut mungkin lama dan sekejap, bergantung kepada senario atau situasi. Namun jumlah hari itu begitu bermakna buat Honda Malaysia apabila Jazz Petrol rupa baharu telah ditempah sebanyak 1,300 unit.

Lebih mengujakan apabila Honda Malaysia mensasarkan 1,200 unit jualan setiap bulan dan ternyata rekod ini sudah jauh meninggalkan sasaran.

Paling banyak ditempah ialah varian E yang merupakan gred pertengahan sebanyak 40 peratus dan diikuti oleh gred teratas iaitu varian V sebanyak 32 peratus. Akhir sekali ialah varian S dengan 28 peratus tempahan.

Honda Jazz rupa baharu ternyata digemari oleh penduduk Lembah Klang dengan 42 peratus tempahan keseluruhan. Kedua dari Selatan dengan 21 peratus, kawasan Utara dengan 18 peratus manakala Pantai Timur dan Timur Malaysia masing-masing sebanyak 13 dan enam peratus.

Warna paling popular ialah Modern Steel Metallic dan kedua ialah Lunar Silver Metallic.

Kebanyakan pembeli terdiri dari mereka yang menaik taraf kereta, eksekutif muda dan pemilik kereta kedua. 

Selain itu, serentak dengan pelancaran Jazz Petrol, Honda Malaysia turut memperkenalkan Honda Jazz Hybrid dan satu-satunya kenderaan hibrid di bawah harga RM90,000 di pasaran tempatan.

Mereka yang berminat untuk memandu uji Jazz Hybrid boleh melakukannya di pengedar Honda seluruh negara bermula minggu ketiga Julai ini.

Memandangkan Jazz telah mendapat sambutan hangat, Honda Malaysia akan memastikan tempoh menunggu kedua-dua model Petrol dan Hybrid dalam masa sebulan.

Honda Jazz Petrol
 

Jazz Petrol  Baharu dikuasakan oleh enjin 1.5L i-VTEC dan dipadankan dengan kotak gear Continuous Variable Transmission (CVT) yang dibangunkan di bawah Earth Dreams Technology Honda.

Jazz Petrol Baharu ditawarkan dalam tiga varian iaitu S, E dan V. Untuk model rupa baharu ini, kesemua varian dilengkapi Gril Hadapan Krom, Bampar Hadapan dan Belakang dengan rekaan baru, Butang Penghidup Enjin dan Sistem Kemasukan Pintar serta butang ECON.

Varian V paling istimewa yang dilengkapi pelbagai ciri seperti Rim Aloi Dua Tona, Paddle Shift dan Kawalan Jelajah, tempat duduk separa kulit, Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED serta Kamera Undur dan Paparan Audio bersaiz 6.8” baharu.

Varian E turut berkongsi Lampu Nyalaan Siang (DRL) LED, Kamera Undur dan Paparan Audio bersaiz 6.8”. Turut baharu ialah panel sentuhan untuk sistem pendingin hawa automatik.

Varian E akan menerima naik taraf panel sentuhan untuk sistem pendingin hawa automatik. Varian E dan V dilengkapi Paparan Audio bersaiz 6.8” yang baru.

Dibangunkan di bawah prinsip “Man Maximum, Machine Minimum”, Jazz Baharu mengekalkan ciri tempat duduk ULTRA Seats yang ikonik dengan 4 mode (Utiliti, Panjang, Tegak dan Lapang) untuk memaksimumkan ruang buat pemandu, penumpang dan barangan yang mereka bawa.

Honda Jazz Hybrid

Honda Jazz Hybrid sekarang ini adalah kenderaan hibrid paling popular di Jepun dengan jualan melebihi 660,000 unit.

Jazz Hybrid Baharu dilengkapi dengan enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang dipadankan dengan Dual-Clutch Transmission (DCT) 7 kelajuan bersama Integrated High Power Motor untuk menawarkan pecutan yang mengagumkan dan pengalaman pemanduan yang lebih sporty.

Sistem hibrid baharu itu dikuasakan oleh sebuah bateri Lithium-Ion yang memiliki 1.5 kali kapasiti kuasa dan 50% lebih berkuasa walaupun saiznya lebih kompak berbanding sistem Integrated Motor Assist (IMA) pada model hibrid Honda sebelum ini.

Apabila mod Sport diaktifkan, Sport Hybrid i-DCD menawarkan output kuasa gabungan enjin dan motor elektrik yang mencecah 137PS iaitu bersamaan kuasa sebuah enjin bersesaran 1.8L.

Ciri-ciri keselamatan

Honda Jazz Baharu memperoleh skor lima bintang ASEAN NCAP. Kesemua varian dilengkapi Brake Assist (BA) dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Varian V mengekalkan 6 Beg Udara, manakala varian E ditambah menjadi 4 Beg Udara berbanding dua sebelum ini. Sama seperti varian E, varian Sport Hybrid turut menerima 4 Beg Udara.

Ciri Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Isyarat Berhenti Kecemasan (ESS) dan Bantuan Mula Mendaki (HSA) dipasang pada varian E, V dan Sport Hybrid. 

Harga

Honda Jazz Hybrid Baharu ditawarkan pada harga yang cukup menarik iaitu di bawah RM90,000 menjadikannya kenderaan hibrid paling murah di pasaran.

Berikut ialah senarai harga Honda Jazz Petrol dan hibrid mengikut gred (di atas jalan termasuk insurans).

  • RM74,800 untuk varian S
  • RM81,000 untuk varian E
  • RM88,400 untuk varian V
  • RM87,500 - Sports Hybrid

Penulis: Muhammad Md Tajudin

Berita Berkenaan

Berita Global
Kemenangan pada tahun ini merupakan tahun kelima berturut-turut produk Honda memenangi anugerah Red…
Berita Global
  Ye Series juga menjadi jawapan kepada yang bertanya di mana EV Honda. Masih awal, belum…
Berita Global
  Nampaknya trend penurunan harga kenderaan elektrik (EV) bukan lagi terpencil. Semasa…