Honda Jazz bakal dilengkapi sistem Honda Sensing

oleh Mohamad Hanif|
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh web Motoring AU, pihak Honda Australia kini mengesahkan mereka akan membawa masuk model kenderaan yang dilengkapi dengan Honda Sensing.
PERODUA MREC Banner Campaign February 2024
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01

Pada masa yang sama, Honda AU juga akan melancarkan kempen kesedaran bagi mendidik pembeli baharu dengan sistem keselamatan terkini daripada Honda itu. 
 


Untuk pengetahuan, Honda Sensing pada masa kini hanya ditawarkan kepada model-model kelas atasan seperti Honda Accord dan Honda CR-V. 

Menjelang tahun 2020, Honda mensasarkan sistem kelengkapan Honda Sensing ini akan turut ditawarkan kepada semua model, termasuk kelas permulaan seperti Honda Jazz. 

Honda Sensing, satu pakej bantuan pemanduan yang terdiri daripada amaran pelanggaran hadapan, sistem brek kecemasan autonomi, amaran penukaran laluan, bantuan pengekalan laluan, sistem mitigasi jalan raya dan kawalan pemanduan adaptif. 
 


Dengan pengenalan sistem Honda Sensing terhadap model seperti Jazz, Honda Australia memberi jaminan untuk memberikan harga yang mampu bersaing dengan pesaing-pesaing sekelasnya. 

Inisiatif yang diambil oleh Honda ini sememangnya akan 'memaksa' jenama automotif yang lain untuk mengikut jejak langkah mereka demi menawarkan kenderaan paling selamat di atas jalan.

Ini kerana sistem keselamatan seperti AEB tidak ditawarkan di dalam varian yang dijual, bahkan sesetengah jenama mewah juga tidak mempunyai AEB sebagai ciri standard. 

Berita Berkenaan

Berita Global
Honda Jazz Crosstar 2023   Bahagian dalam lampu puncak kini lebih gelap dan Honda turut…
Berita Domestik
Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Syarina Shaarani @ Tan terhadap lelaki…
Berita Global
Selain daripada varian seperti Basic, Home, Luxe, dan juga Crosstar, Honda Fit kini boleh didapati…