Honda HR-V facelift terima ciri peredam bunyi aktif - kabin lebih senyap

oleh Mohamad Hanif|
Honda telah memperlihatkan imej kemas kini bagi crossover segmen B mereka, iaitu Honda HR-V yang disasarkan memasuki pasaran pada tahun hadapan.
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 01
MITSUBISHI RAYA PROMO MREC Banner Campaign March 2024 - 02

Dari segi luaran, tidak banyak perubahan ketara yang dibawakan oleh Honda melainkan gril hadapan dengan kemasan krom sepenuhnya menggantikan gril kemasan warna hitam kilat pada model terdahulu. 
 


Untuk varian yang rendah, Honda telah memasang lensa projektor baharu dan mengemaskini lampu nyalaan siang jenis LED pada model ini, manakala varian tertinggi pula menerima lampu utama dan belakang jenis LED sepenuhnya dengan kemasan tint gelap.

Memasuki ruang kabin, kerusi pemandu dan penumpang telah direka kembali menggunakan  bahan upholstery berkualiti tinggi bagi memberikan keselesaan yang lebih, terutama ketika perjalanan jauh. 
 


Honda juga telah menambah baik kadar kesenyapan kabin dengan memberikan lebih tebatan bunyi terutama pada bahagian yang kritikal seperti arca roda, boot dan panel pintu. 

Ciri peredam bunyi aktif (Active Noise Cancellation), pertama seumpamanya pada kenderaan Honda segmen ini pula hadir pada varian premium yang menggunakan dua buah mikrofon yang memantau dan mengesan bunyi berfrekuensi rendah sebelum mematikannya menerusi isyarat audio 'reverse phase' yang dipancarkan pada sistem speaker kenderaan. 

 


Honda turut merancang untuk membawa masuk HR-V berenjin turbo 1.5 liter yang lebih berkuasa, iaitu enjin yang sama digunakan pada model CR-V (170 bhp) menjelang musim bunga 2019. 

Sementara menunggu waktu itu, para pengguna di Eropah terpaksa berpuas hati dengan enjin 1.5 liter aspirasi natural (128 bhp/154 Nm) yang turut ditawarkan di dalam transmisi manual dan CVT itu.  

Honda HR-V facelift ini dijangka memasuki pasaran bermula Oktober 2018. 

 

Berita Berkenaan

Berita Domestik
Jelasnya, pemeriksaan yang teliti terhadap keretanya telah dilakukan dan pihak Honda mendapati…
Berita Global
Menurut Consumer Reports, kempen panggil semula perlu dibuat disebabkan oleh risiko keselamatan…
Berita Domestik
Menurut perkongsian Noriya di Facebook, kereta yang diterimanya pada 26 Ogos 2023 mula mengalami…