Oleh sebab itu, kebanyakan jualan kei car dan kereta bersaiz kecil jauh lebih mengatasi jualan kereta segmen C dan D, seperti nasib yang menimpa terhadap model sedan segmen C, Honda Civic.
Keadaan ini memaksa Honda Jepun untuk menghentikan penjualan Honda Civic (sekali lagi) disebabkan ia tidak begitu mendatangkan keuntungan kepada pengeluar tersebut.
Sebagai perbandingan, tahun lalu Honda hanya mampu menjual kira-kira 1,619 unit Civic manakala kereta kei N-Box pula mampu mencapai angka 250,000 unit!
Berdasarkan laporan daripada Automotive News, para pengunjung laman web Honda Jepun kini tidak dapat lagi melihat model Civic Sedan, namun Honda Jepun masih lagi meneruskan jualan model hatchback lima pintu, serta model berprestasi tinggi Honda Civic Type R.
Selain daripada model Civic, Honda juga turut dilaporkan untuk menghentikan jualan model Grace (City sedan) dan juga Honda Jade disebabkan penurunan permintaan yang ketara.
Ini bermakna, Honda City generasi baharu dengan enjin 1.0 liter turbo itu berkemungkinan besar tiada peluang untuk memasuki kembali pasaran Jepun.
Sumber: Automotive News